Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelantikan Heng Swee Keat menandakan beliau mungkin PM seterusnya

Nov 23, 2018 | 05:38 PM



MENTERI Kewangan Heng Swee Keat, 57 tahun, telah dilantik sebagai penolong setiausaha agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang pertama, menjadikannya calon yang kemungkinan besar menjadi Perdana Menteri Singapura yang akan datang.



Dengan pelantikan Encik Heng, para pemimpin 4G parti tersebut memberikan jawapan kepada pertanyaan siapa yang akan menggantikan Perdana Menteri Lee Hsien Loong untuk memimpin negara.



Ia juga mengesahkan laporan media mengenai kedudukan penting Encik Heng dalam kepimpinan parti, yang diumumkan hari ini (Jumaat, 23 Nov) apabila PAP mendedahkan pemegang jawatan untuk badan pembuat keputusan tertinggi parti sebelum sidang akhbar di ibu pejabatnya di Bedok.



Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing dipilih sebagai penolong setiausaha agung kedua, sementara Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) memilih Menteri Kesihatan Encik Gan Kim Yong sebagai pengerusi parti. PM Lee tetap setiausaha agung parti.



Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli menjadi naib pengerusi parti, sementara Menteri Ehwal dalam Negeri merangkap Menteri Undang-undang, Encik K. Shanmugam memegang jawatan bendahari.



Menteri Pendidikan, Encik Ong Ye Kung merupakan penolong bendahari, manakala Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu, dan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee, kededuanya merupakan setiausaha penganjur.



Menurut laporan The Straits Times, Encik Heng, seorang bekas kakitangan awam, menyertai politik pada 2011 dan dilantik sebagai Ahli Parlimen di Tampines GRC pada pilihan raya umum pada Mei tahun itu.



Beliau kemudian dilantik sebagai Menteri Pendidikan dan memegang portfolio tersebut sehingga 2015 apabila beliau menjadi Menteri Kewangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >