Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelantikan pemimpin kesatuan Abdul Samad sebagai NMP wakili suara pekerja: NTUC

Jan 14, 2021 | 08:10 PM



KONGRES Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) bangga dengan pelantikan pemimpin kesatuan veteran, Encik Abdul Samad Abdul Wahab, sebagai antara sembilan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) baru.



Dalam kenyataannya pada Khamis (14 Januari), NTUC mengulas pemilihan Encik Abdul Samad yang kini Naib Presiden NTUC dan Setiausaha Kesatuan Pekerja Gas dan Kuasa (Upage).



"Sebagai NMP, Encik Samad akan bertindak sebagai suara tambahan dari Gerakan Buruh bagi mewakili suara pekerja dan memperjuangkan keperluan mereka. Fokus tumpuannya adalah pada memperkukuh Teras Utama Warga Singapura, memperluas Model Pendapatan Progresif, dan menyediakan pekerja pendapatan pertengahan dengan sokongan pekerjaan dan latihan serta membantu mereka menangani kos kehidupan," jelas NTUC.



Dengan upacara angkat sumpah bakal berlangsung di sidang Parlimen selanjutnya, Encik Samad dijadualkan memberi ucapan sulungnya di sesi Sidang Belanjawan.



 Mengulas pelantikannya, Encik Samad berkata:



"Ia satu penghormatan dan saya berbesar hati dilantik sebagai Anggota Parlimen Dilantik. Saya rasa amat rendah hati dengan pelantikan ini dan berterima kasih di atas galakan dan sokongan yang diberi Gerakan Buruh.



"Dengan pandemik Covid-19 masih menjejas kehidupan dan mata pencarian ramai, saya berharap dapat mengetengahkan keperluan segera rakan seperjuangan saya dan keluarga mereka sebagai NMP.



"Saya juga menanti masa meluahkan keprihatinan dan aspirasi saya secara langsung kepada penggubal dasar di Parlimen dalam usaha membantu pekerja kita mencapai pendapatan, kebajikan dan masa depan kerja lebih baik."



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >