Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelari maraton amal dengan julukan 'Catwoman' menang anugerah sukarelawan

Jenap Said pernah kumpul dana $120,000 seorang diri bagi keperluan pendidikan bekas pesalah
Oct 29, 2021 | 12:26 AM



CIK Jenap M. Said sentiasa kelihatan menawarkan khidmat sukarela bagi membantu bekas pesalah yang lebih mengenalinya sebagai 'Catwoman'.



Sukarelawan Reben Kuning Singapura ini mencipta nama buat dirinya dengan menyertai maraton dan acara amal dengan seragam ikonik sebagai adiwira 'perompak kucing' itu.



Pada 2012, secara seorang diri, Cik Jenap, 61 tahun, berjaya mengumpulkan $120,000 untuk disalurkan bagi pengajian bekas pesalah. Beliau berlari sekeliling penjara di Changi sejauh 60 kilometer dengan menggunakan kostum penuh 'Catwoman'.



Inisiatif itu adalah kemuncak kerja sukarelanya selama lebih sedekad, sesuatu yang biasanya dilakukan Cik Jenap pada hujung minggu sambil bertugas sepenuh masa sebagai pengurus mutu di firma kajian pemasaran.



"Saya percaya dalam hidup anda perlu buat kerja sukarela buat orang lain. Khususnya pada usia seperti saya, di mana anda boleh bertemu dan berinteraksi dengan orang lain," katanya kepada akhbar The Straits Times.



Cik Jenap adalah salah seorang daripada empat penerima Anugerah Sukarelawan Cemerlang yang diadakan sempena ulang tahun ke-10 Rangkaian Sukarelawan Home Team (HTVN) yang dikendalikan secara maya pada Khamis (28 Oktober).



Lagi 16 orang menerima Anugerah Penghargaan kerana tugas mereka dalam rangkaian ini yang dimulakan pada 2011 dan mempunyai sekitar 15,000 sukarelawan daripada semua latar belakang.



Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, yang merupakan tetamu terhormat bagi acara ini berkata dalam ucapan alu-aluannya bahawa kerja sukarelawan membantu Singapura menjadi tempat lebih selamat.



"Keselamatan sebegini mampu dicapai kerana kerjasama utuh masyarakat dan sukarelawan kita - semua daripada anda yang berkhidmat sebagai pasukan operasi tambahan yang turun padang dan menyediakan perspektif, idea dan huraian berbeza mengenai bagaimana memastikan Singapura selamat," jelasnya.



Peranan sukarelawan termasuk membantu memantau dan memberi respons kecemasan, mendekati masyarakat dengan pendidikan pencegahan dadah atau menjadi teman pendamping buat bekas pesalah.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >