Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelarian diusul boleh beri persetujuan sebelum diekstradisi

Mar 08, 2022 | 05:30 AM



PELARIAN yang dikehendaki oleh negara asing akan dapat memberi persetujuan dengan ekstradisi mereka, sejajar dengan amalan antarabangsa, jika usul meminda undang-undang ekstradisi Singapura diluluskan oleh Parlimen.



Di bawah rang undang-undang yang dibentang buat pertama kali di Parlimen semalam, Kementerian Undang-undang (MinLaw) mencadangkan pelbagai kemas kini kepada Akta Ekstradisi, bahagian utama dalam undang-undang bertulis yang mengawal ekstradisi pelarian ke dan dari negara asing.



"Rang itu apabila diluluskan akan mengemas kini dan memodenkan rejim ekstradisi berkanun Singapura, menyelaraskannya dengan bidang kuasa undang-undang bersama utama yang lain dan mengukuhkan peranan Singapura sebagai warga global yang bertanggungjawab," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.



Rejim yang dimodenkan akan mengukuhkan keupayaan negara untuk memudahkan ekstradisi di mana wajar, menjamin kepulangan pelarian yang melakukan kesalahan di Singapura dan memastikan penggunaan sumber negara terhad yang bersesuaian untuk ekstradisi, kata MinLaw.



Saranan itu termasuk pengenalan mekanisme untuk pelarian bersetuju dengan ekstradisi mereka dan mengecualikan prosiding ekstradisi sepenuhnya.



Ini tidak dibenarkan di bawah undang-undang Singapura buat masa ini.



Mekanisme sedemikian akan menjimatkan sumber negara dan mengelak pelarian daripada ditahan lebih lama daripada yang diperlukan di Singapura, jelas kementerian itu.



Sebagai langkah perlindungan, seorang majistret perlu memastikan bahawa persetujuan pelarian itu dibuat secara sukarela dan memaklumkan pelarian itu tentang akibat persetujuan berkenaan.



Rang itu juga mengusulkan memperluaskan sekatan ke atas penyerahan seorang pelarian. Jika diluluskan, Singapura boleh menolak permintaan ekstradisi, antara lain jika seorang pelarian disabitkan kesalahan semasa ketiadaannya dan jika seorang pelarian sedang didakwa atas kesalahan ketenteraan.



Selain itu, permintaan ekstradisi juga boleh ditolak sekiranya pelarian itu hanya mempunyai baki tempoh penjara yang pendek atau jika pendakwaan terhadap pelarian di negara yang meminta telah dihalang kerana tempoh terhad.



Rangkaian sekatan yang lebih luas adalah sejajar dengan amalan antarabangsa dan biasanya didapati dalam perjanjian ekstradisi moden, kata MinLaw.



Satu lagi pindaan yang diusulkan ialah menjadikan satu kesalahan itu boleh diekstradisi jika ia dikenakan hukuman maksimum sekurang-kurangnya selama dua tahun, tertakluk kepada senarai kesalahan yang dikecualikan.



Pada masa ini, hanya kesalahan yang disenaraikan di bawah Akta Ekstradisi boleh diekstradisi.



Dengan perubahan ini, ia akan menjadikan Singapura selaras dengan



bidang kuasa seperti Australia, Britain, Canada dan Malaysia serta memudahkan untuk menentukan bila sesuatu kesalahan boleh diekstradisi, kata kementerian itu.



Kesalahan yang dikecualikan termasuk penghasilan bukti palsu di bawah Akta Cap Dagangan. Rang tersebut juga mencadangkan mekanisme baru yang membolehkan Peguam Negara memohon kepada Mahkamah Tinggi agar menyemak keputusan majistret untuk tidak membenarkan seorang pelarian untuk diekstradisi.



Satu lagi pindaan bertujuan untuk memudahkan prosedur penerimaan keterangan kepada mahkamah untuk mewajarkan ekstradisi seseorang pelarian.



Bukti ini biasanya dibentangkan melalui afidavit, yang selalunya dalam jumlah yang besar, tambah MinLaw.




Contoh kes ekstradisi



■ Singapura mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Jerman, Amerika, Hong Kong dan Indonesia; sebahagian daripada aturan ekstradisi dengan 40 wilayah Commonwealth termasuk Australia, New Zealand dan Britain.



■ Sepanjang 10 tahun lalu, terdapat empat ekstradisi berjaya ke Singapura dan lapan ekstradisi berjaya dari Singapura ke negara lain



■ Antara contoh ekstradisi:



- Warga Canada, David James Roach, diekstradisi dari Britain pada 2020 kerana merompak Standard Chartered Bank



- Warga Singapura, Andy Quek Sze Leng, diekstradisi dari Hongkong pada 2018 bagi peranannya dalam satu penipuan SkillsFuture



- Warga Australia, Christopher Elkhouri diekstradisi ke Australia pada 2018 kerana berurusan dalam hartanah yang dicuri



- Warga India, Madhubhai Patel diekstradisi ke Amerika Syarikat pada 2019 bagi penipuan dan penggelapan wang




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >