Pelatih paramedik SCDF kritikal selepas nahas motosikal
Feb 24, 2019 | 05:30 AM
DUA tahun lalu, Cik Nuruljannah Mohammad Razib nyaris tercedera dalam satu serangan pengganas di Stockholm, Sweden.
Kini, Cik Nuruljannah, 22 tahun, seorang pelatih paramedik Pasukan Pertahan Awam Singapura (SCDF), bertarung nyawa di hospital selepas motosikal yang ditumpangnya terlibat dalam satu kemalangan awal bulan ini.