PERBARISAN TAMAT LATIHAN SPF
Pelatih terbaik persiap diri enam bulan sebelum dipanggil jalani NS
Apr 22, 2016 | 05:30 AM
USAHA mempersiap diri dari segi fizikal bagi menempuh kehidupan menjalani perkhidmatan negara (NS) ternyata membuahkan hasil.
Seorang anak muda, Encik Muhamad Noor Haqim Zainuddin, 19 tahun, memperuntukkan enam bulan buat dirinya bagi meningkatkan keupayaan kepimpinan dan kecergasan fizikal bagi menghadapi cabaran yang menanti di NS.