Pelawak asal Australia menyamar sebagai Kim Jong Un ditahan di lapangan terbang
Jun 09, 2018 | 05:30 AM
SEORANG pelawak asal Australia yang dikenali kerana gelagatnya meniru gaya pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un, mendakwa telah ditahan pihak berkuasa Singapura semalam dan disoal berkaitan pandangan politiknya.
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan polis belum mengulas mengenai dakwaan itu, lapor akhbar The Straits Times.