Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:25
Maghrib
7:19
Isyak
8:27
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

Pelawak Singapura Fakkah Fuzz cetus kemarahan di Malaysia

Jul 05, 2016 | 09:40 AM

KUALA LUMPUR: Beberapa ahli politik dan artis Malaysia marah seorang pelawak Singapura, Fakkah Fuzz, yang mengejek Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu pada jenakanya.

Pemuda Umno Selangor menggesa Kementerian Dalam Negeri Malaysia mengharamkan Fakkah - yang nama sebenarnya Muhd Fadzri Abd Rashid - memasuki negara itu, menurut laporan media tempatan.

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) pula membuat laporan polis pada Isnin (4 Julai) terhadapnya.

Dalam klip video yang menjadi viral, Fakkah, 29 tahun, membandingkan cara berbeza Singapura dan Melayu Malaysia menggambarkan perkara di atas pentas.

Beliau berkata orang Melayu Singapura memanggil seorang pencuri "pencuri" manakala Melayu Malaysia memanggil pencuri "perdana menteri".

Berita Popular

Hadirin bertepuk sorak mendengar jenakanya itu.

Fakkah berkata di laman Facebook beliau pada Sabtu: "Saya ingin dengan ikhlas memohon maaf jika saya tidak sengaja menyakiti saudara-saudara saya di seberang Tambak Johor. Bukan niat saya untuk menyakiti atau menimbulkan keresahan di kalangan sesiapa... Bukan juga saya menuduh sesiapa melakukan apa-apa. Ia hanya jenaka berdasarkan peristiwa-peristiwa semasa."

Ketua Pemuda Umno Selangor, Encik Zainuri Zainal, berkata permohonan maaf Fakkah itu tidak mencukupi kerana jenakanya mempunyai "kesan mendalam" ke atas rakyat Malaysia, lapor laman berita Malaysiakini.

Setiausaha agung Seniman, Hafiz Nafiah, memberitahu The Malay Mail Online: "Kami membuat laporan polis kerana apa yang dia katakan adalah satu penghinaan dan ia boleh merosakkan hubungan baik yang dinikmati oleh dua negara ini."

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map