Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelawak veteran Zainal Ihim meninggal

Jan 19, 2021 | 05:30 AM



PELAWAK veteran setempat Zainal Ihim, 62 tahun, meninggal dunia semalam kerana menghidapi kegagalan paru-paru akibat jangkitan kuman sejak dikesan di Unit Jagaan Rapi (ICU) bulan lalu.



Beliau dimasukkan ke hospital apabila sedang bercuti di negara dan mengalami sesak nafas lalu dikejarkan ke hospital untuk rawatan selanjutnya.



Adiknya, Encik Zaini Ihim, mengesahkan bahawa abangnya telah menghembuskan nafas terakhir sekitar 3.25 petang semalam di ICU dalam keadaan tidak sedarkan diri di Hospital Ng Teng Fong.



"Doktor ada beritahu keluarga kami semalam bahawa keadaannya sudah tidak stabil. Kami sudah menjangka akan pemergiannya ini kerana dimaklumkan bahawa paru-parunya terlalu rosak," kata adiknya dengan pilu.



Menurut Encik Zaini, apabila abangnya menghembuskan nafas terakhirnya itu, beliau, anak saudaranya, dua kakaknya dan anak perempuan arwah berada di sisinya.



"Kami masih menunggu maklumat lebih lanjut mengenai jenazah untuk dihantar ke rumah. Insya-Allah, upacara pengebumian akan diadakan esok pagi (hari ini)," apabila ditanya oleh wartawan Berita Harian semalam.



"Kami mengalu-alukan kedatangan orang ramai, namun kerana Covid-19, kami harus mengawal keadaan. Kami sekeluarga meminta orang ramai untuk mendoakan abang saya," tambah Encik Zaini.



Rakan artis Khairudin Samsudin yang menulis dalam Facebooknya semalam berkata:



"Berpulangnya Abang yang saya hormati Allahyarham Zainal Ihim di dalam dunia seni komedi.



"Banyak sungguh pengalaman dan kenangan manis bekerjasama dengan Allahyarham yang senantiasa ceria ketika bertugas. Semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman yang dikasihi Allah swt. Al-Fatihah...tenanglah abang di sana bang".



Baru-baru ini, rakan-rakan rapatnya termasuk pelawak veteran Husin Saaban telah melancarkan dana amal, Projek Kasih untuk membantu mengumpulkan wang untuk kos perubatan arwah.



Kumpulan sahabat itu terdiri daripada pelawak Husin Saaban, pelakon Junainah Jumari, Era Faridah (Fid), Noredayati Suhoot, Jasmani Basri dan anaknya Lydia Izzati serta penulis dan pengarah drama Keater H.M.



Menurut Husin, beliau sangat sedih akan pemergian arwah Zainal kerana mereka sudah bersama dalam industri sejak lebih 30 tahun.



"Duit yang telah kami kumpulkan akan kami berikan kepada keluarganya untuk menyelesaikan apa-apa kos yang diperlukan," katanya.



Sejauh ini, Husin telah mengesahkan sekitar $3,940 telah dikumpulkan dari pihaknya dan pelakon Junaidah Jumari.



"Lakonan terakhir arwah ialah siri Fiesta Komedi yang telah dirakamkan akhir tahun lalu dan telah disiarkan di Suria.



"Beliau sebenarnya patut mengikuti menaiki kapal wisata Royal Albatross pada Krismas tahun lepas tetapi tidak dapat kerana sudah di hospital pada waktu itu," tambah Husin yang mengatakan bahawa arwah adalah seorang yang ikhlas, sangat berdisiplin, tidak mengira dan mudah bekerjasama.



Allahyarham Zainal sebelum ini pernah muncul dalam segmen dwimingguan The BM Show yang mengimbas era kegemilangan persada komedi Singapura yang agak unik dan cukup menyerlah pada satu ketika.



Beliau juga pernah menjayakan pementasan Malam Lawak Sastera di Panggung Victoria pada 2016, yang dianjurkan bersama oleh Berita Harian dan Pesta Penulis Singapura (SWF).



Pementasan yang menghayati penggunaan bahasa Melayu menerusi kaca mata komedi itu diadakan sempena pesta SWF ke-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >