Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Pelawat dari Afrika Selatan tidak dibenarkan masuk ke S’pura: MOH

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pelawat dari Afrika Selatan tidak dibenarkan masuk ke S’pura: MOH

Jan 01, 2021 | 04:59 PM

MULAI Isnin (4 Januari), semua pemegang pas jangka panjang dan pelawat jangka pendek dengan sejarah perjalanan ke Afrika Selatan dalam tempoh 14 hari lalu tidak akan dibenarkan masuk ke Singapura atau transit di sini.

Langkah itu bermula 11.59 malam pada Ahad (3 Januari), kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (1 Januari), menyusuli laporan jenis Covid-19 lebih berjangkit yang menular di Afrika Selatan.

“Untuk mengurangkan penularan ke Singapura, kami melaksanakan sekatan sempadan baru bagi pelawat dari Afrika Selatan sebagai langkah berjaga-jaga,” kata MOH.

Sekatan itu akan turut berkuat kuasa ke atas mereka yang telah mendapat kelulusan untuk memasuki Singapura sebelum ini, kata kementerian itu lagi.

Buat masa ini, pelawat yang telah ke Afrika Selatan perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama 14 hari.

Warga Singapura dan penduduk tetap yang pulang ke Singapura dari Afrika Selatan pula perlu mengambil ujian reaksi rangkaian polimerase (PCR) setibanya di Singapura di permulaan SHN mereka. Ujian itu tidak perlu diambil oleh warga atau PR yang hanya transit di negara ini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3