Subuh
5:32
Syuruk
6:56
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:59
Isyak
8:13
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelawat jangka pendek yang pernah ke Guangdong dilarang masuk S'pura

Jun 05, 2021 | 05:30 AM



SEMUA pengunjung jangka pendek dengan pas perjalanan udara yang telah ke wilayah Guangdong di China dalam 21 hari terakhir akan dilarang daripada memasuki Singapura mulai esok.



Kementerian Kesihatan (MOH) berkata semalam bahawa langkah memperketatkan sempadan itu dilaksanakan di tengah-tengah lonjakan dalam kes Covid-19 di Guangzhou.



Warga Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang yang masuk ke Singapura dengan sejarah perjalanan ke wilayah Guangdong dalam 21 hari terakhir akan juga perlu menjalani notis jangan keluar rumah (SHN) selama tujuh hari di tempat kediaman mereka.



Mereka juga perlu mengambil ujian reaksi rantai polimerase (PCR) Covid-19 setibanya di Singapura, serta sebelum SHN mereka tamat.



Langkah baru ini akan berkuat kuasa pada 11.59 malam ini.



MOH berkata:



"Semua pengunjung lain yang berangkat dari tanah besar China yang telah berada di tanah besar China, tidak termasuk wilayah Guangdong, dalam 21 hari terakhir sebelum perjalanan akan terus dikenakan ujian Covid-19 setibanya di lapangan terbang, sebagai ganti kepada SHN mereka."



Sebelum ini terdapat pengumuman bahawa pengunjung dari China akan dibenarkan untuk melakukan kegiatan mereka di sini tanpa perlu menjalani SHN sekiranya ujian PCR Covid-19 mereka negatif setibanya di Singapura.



Guangzhou telah bergelut dengan jumlah kes Covid-19 yang meningkat sejak bulan lalu, dengan pihak berkuasa berusaha mengawal jangkitan dengan ujian beramai-ramai di beberapa daerah yang mengalami lonjakan kes.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >