Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29

Pelawat S'pura ke Denmark perlu dikuarantin

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pelawat S'pura ke Denmark perlu dikuarantin

Nov 11, 2021 | 07:16 PM

PENDUDUK Singapura yang mengunjungi Denmark kini perlu menjalani kuarantin setelah negara itu mengklasifikasikan Singapura sebagai negara berisiko tinggi jangkitan Covid-19.

Kuarantin 10-hari harus dilalui penduduk Singapura setibanya di Denmark, kata Kedutaan Denmark dalam satu kiriman Facebook pada Khamis (11 Nov).

Tempoh pengasingan itu boleh dipendekkan sekiranya pengunjung tersebut diuji negatif Covid-19 selepas mengambil ujian reaksi rantai polimerase (PCR) bermula hari keempat kemasukannya.

Langkah Denmark untuk mengenakan syarat kuarantin ke atas pelancong dari Singapura dibuat selepas Majlis Kesatuan Eropah mengeluarkan Singapura daripada senarai negara bagi mana larangan perjalanan harus ditarik balik.

Awal sebelum ini, Singapura telah mewujudkan Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) dengan Denmark, Itali, Perancis, Britain, Switxerland, Jerman, Sepanyol, Belanda, Sweden dan Finland.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3