Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelawat United Kingdom, NSW tidak dibenar masuk S'pura mulai esok

Dec 23, 2020 | 05:30 AM



PELAWAT jangka pendek yang memegang pas lawatan udara dengan sejarah perjalanan ke New South Wales (NSW) di Australia sepanjang tempoh 14 hari yang lalu sebelum keberangkatan ke Singapura tidak akan dibenarkan masuk ke negara mulai esok.



Di samping itu, semua pemegang pas jangka panjang dan pelawat jangka pendek dengan perjalanan sejarah baru-baru ini ke United Kingdom (UK) sepanjang tempoh 14 hari yang lalu tidak akan dibenarkan masuk ke sini, atau transit di Singapura, kata Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.



Langkah ini juga dikenakan ke atas mereka yang sebelumnya memperolehi kebenaran untuk masuk ke Singapura, kata MOH.



Sekatan sempadan yang lebih ketat itu berkuatkuasa mulai 11.59 malam hari ini.



Berucap kepada media di Pejabat Kementerian Pendidikan (MOE) semalam, Menteri Pendidikan Encik Lawrence Wong berkata:



"Kami telah melalui (perubahan sekatan sempadan) ini banyak kali. Apabila keadaan membenarkan, kami akan melonggarkan beberapa langkah sempadan tetapi apabila keadaan berubah seperti mana yang berlaku sekarang, kami akan memperketatkannya.



"Dan saya fikir, langkah sempadan terbaru yang diperketatkan ini adalah peringatan kepada semua bahawa kita harus sentiasa berwaspada."



Encik Wong, yang merupakan pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF), menambah ketibaan bekalan vaksin Covid-19 pertama Singapura kelmarin dan negara melangkah ke Fasa 3 pada 28 Disember tidak bermakna penduduk di sini dapat "bersorak".



Bahkan, Encik Wong menggesa orang ramai untuk "ingatkan satu sama lain bahawa virus ini masih merebak di seluruh dunia".



MOH dalam kenyataannya semalam berkata bahawa MTF untuk menangani Covid-19 di sini telah memantau dekat keadaan global dan langkah sempadan tersebut diperketatkan akibat keadaan yang bertambah buruk di UK, dan jumlah kes Covid-19 yang meningkat semula di NSW.



Warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) yang pulang dari UK akan perlu menjalani ujian reaksi rangkaian polimerase (PCR) sejurus tiba di Singapura, pada hari pertama notis jangan keluar rumah selama 14 hari mereka.



MOH menambah ia maklum tentang laporan terkini mengenai jenis virus Covid-19 yang mungkin lebih berjangkit menular di UK, mengatakan bahawa pegawai di sana juga bimbang mengenai jenis virus ini dan telah menetapkan sekatan lebih ketat termasuk mengenakan perintah kawalan baru di London.



"Meskipun jenis virus itu disarankan untuk lebih menular, tiada bukti yang mencukupi buat masa ini untuk menentukan sama ada jenis ini berkait dengan sebarang perubahan dalam keterukan penyakit, tindak balas antibodi atau keberkesanan vaksin," tambah MOH.



"Aspek ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa UK," kata MOH, sambil menambah bahawa ia "akan menilai data dan menyemak langkah sempadan kami dengan sewajarnya".



Bagi warga Singapura, PR dan pemegang pas jangka panjang yang masuk ke Singapura dengan sejarah perjalanan ke NSW sepanjang tempoh 14 hari yang lalu sebelum ke Singapura, mereka perlu menjalani notis jangan keluar rumah selama tujuh hari di kediaman mereka.



Pelawat ini juga harus menjalani ujian PCR Covid-19 sebelum tamat tempoh notis mereka.



Tidak kira dari mana mereka berangkat, semua pelawat dari Australia harus mengisytiharkan sejarah perjalanan mereka semasa daftar masuk di syarikat penerbangan sebelum penerbangan ke Singapura.




"Kami telah melalui (perubahan sekatan sempadan) ini banyak kali. Apabila keadaan membenarkan, kami akan melonggarkan beberapa langkah sempadan tetapi apabila keadaan berubah seperti mana yang berlaku sekarang, kami akan memperketatkannya. Dan saya fikir, langkah sempadan terbaru yang diperketatkan ini adalah peringatan kepada semua bahawa kita harus sentiasa berwaspada."
- Menteri Pendidikan Encik Lawrence Wong. Beliau juga pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >