Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelawat VTL (Darat) dari M'sia perlu jalani ART setiba di SG

Nov 29, 2021 | 05:30 AM



SEMUA pelawat yang tiba di Singapura dari Malaysia menerusi Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL)(Darat) dikehendaki menjalani Ujian Pantas Antigen (ART) apabila tiba di sini.



Peraturan ini akan berkuat kuasa bermula hari ini dari 8 pagi apabila pelawat VTL (Darat) pertama tiba di Singapura.



Langkah itu diambil sebagai salah satu usaha membendung penularan virus Omicron yang lebih mudah dijangkiti, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) semalam.



Para pelawat akan menerima kit ART di antara dua pusat ujian di dikehendaki membuat e-pembayaran untuk kit ART di dua pusat ujian - Pusat Sementara Pertukaran Bas Woodlands atau Terminal Queen Street. Mereka perlu membuat pembayaran secara elektronik secara langsung bagi menjalani ujian itu.



Ujian ART akan kurang risiko penularan Omicron



Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) melalui udara dan darat bagi Singapura dan Malaysia bermula hari ini.



"Menjalankan ART setibanya di Singapura akan mengurangkan risiko penularan B.1.1.529 ke Singapura dan membolehkan Singapura mengembang VTL (Darat) secara progresif dengan selamat," kata MTI, dalam kenyataannya semalam.



Penularan B.1.1.529 merujuk kepada varian Omicron yang menular di beberapa negara sehingga mencetuskan kebimbangan di dunia.



Sebelum ini, ia diumumkan bahawa mereka yang ke Singapura dari Malaysia perlu diuji negatif dalam ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) atau keputusan Ujian Pantas Antigen (ART) yang dibuat secara profesional dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas ke Singapura.



Semua pelawat harus menggunakan bas yang diperuntukkan. Mereka boleh membeli tiket bas dan memastikan mereka mempunyai dokumen yang diperlukan sebelum menaiki bas VTL (Darat).



Transtar Travel dan Handal Indah (Causeway Link) akan kendali 64 khidmat setiap hari dari 7.30 pagi hingga 9.30 malam.



Menerusi VTL (Darat), yang bermula pada hari sama dengan VTL antara Lapangan Terbang Changi dengan Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hingga 2,880 pelawat boleh rentas sempadan melalui Koswe setiap hari, dengan 1,440 pelawat setiap hala.



Pelawat harus menempah tiket sekurang-kurangnya tiga hari sebelum berangkat. Harga $15 (dewasa) dan $8 (kanak-kanak).



Pelawat VTL (Darat) perlu diuji negatif dalam ART atau PCR dalam masa dua hari sebelum berangkat ke Singapura.



Kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah tidak perlu diuji.



Semua pelawat VTL (Darat) juga harus divaksinasi penuh dan perlu memberi bukti digital vaksinasi yang diiktiraf pihak berkuasa Singapura, atau dikeluarkan di mana-mana negara VTL atau Singapura.



Pelawat tidak divaksinasi berusia 12 tahun dan ke bawah tahun ini boleh memasuki Singapura menerusi VTL (Darat) jika ditemani pelawat VTL sudah divaksinasi penuh.



Pelawat ke Singapura juga harus mengisi Kad Ketibaan SG bersama perisytiharan kesihatan elektronik menerusi laman ICA di (https://go.gov.sg/sgarrivalcard) atau menerusi aplikasi mudah alih 'SG Arrival Card' yang boleh dimuat turun di App Store atau Google Play.



Ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum tiba di Singapura.



Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman www.safetravel.ica.gov.sg/vtl-land/overview.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >