Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelbagai acara Ramadan bagi penduduk Keat Hong

Apr 17, 2022 | 05:30 AM



PELBAGAI inisiatif akan dianjurkan sepanjang Ramadan ini untuk memberi manfaat kepada penduduk Keat Hong.



Semalam, Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) dan Jawatankuasa Pengurusan Kelab Masyarakat (CCMC) Keat Hong menganjurkan acara Buka Puasa @ Keat Hong, satu usaha daripada masyarakat untuk pekerja penyenggaraan Majlis Bandaran dan penerima bantuan kebajikan berbuka puasa bersama-sama dalam bulan suci ini.



Acara itu dihadiri tetamu terhormat Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.



Buka Puasa @ Keat Hong bertujuan memberi penghargaan kepada pekerja barisan hadapan yang berkhidmat kepada masyarakat semasa pandemik Covid-19 yang mencabar ini ketika mereka berada jauh daripada keluarga mereka.



Penerima bantuan kebajikan juga dijemput berbuka puasa bersama-sama bagi menaikkan semangat mereka sepanjang Ramadan ini.



Acara itu juga merupakan acara berbuka puasa pertama yang diadakan secara fizikal sejak pandemik Covid-19 melanda.



Selain acara berbuka puasa itu, Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Keat Hong juga menganjurkan pengagihan bubur sepanjang bulan ini.



Pengagihan itu dijalankan semalam, hari ini dan Ahad depan.



Acara penyalaan lampu Hari Raya turut diadakan hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >