Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelbagai acara sempena jubli emas Taman Burung Jurong

Dec 29, 2020 | 05:30 AM



TAMAN Burung Jurong, yang kali pertama dibuka pada 1971, akan meraikan jubli emasnya pada Ahad ini dengan sambutan acara dan kegiatan sepanjang tahun untuk memperingati usaha pemuliharaan burung selama 50 tahun dan mendekatkan orang ramai dengan dunia haiwan itu.



Dari 1 hingga 31 Januari 2021, taman itu akan menawarkan harga tiket asal pada 1971 - $2.50 - untuk semua penduduk setempat.



Tiket boleh didapati hanya menerusi laman www.birdpark.com.sg/jbp50, dan orang ramai perlu menempah tiket itu terdahulu di dalam talian dalam usaha mempermudahkan pengurusan orang ramai dan jarak selamat di tengah-tengah pandemik Covid-19 ini.



Bayaran kecil tambahan melalui pembayaran tanpa sentuhan di taman itu akan dikenakan bagi persembahan dan aviari berpagar.



Satu portal yang berbentuk seperti telur dipanggil Memories of Jurong Bird Park juga akan dilancarkan bagi meraikan detik yang dirakam menerusi gambar di taman itu oleh sekitar 30 juta rakyat Singapura dan pengunjung antarabangsa sepanjang 50 tahun lalu.



Orang ramai boleh memuat naik gambar mereka yang diambil di taman itu di Instagram atau Facebook dengan tanda pagar #JBP50 yang kemudiannya akan ditampilkan dalam portal itu.



Dalam pada itu, tempat gambar Past-Present-Future juga disediakan bagi pengunjung mengenali lebih lanjut tentang evolusi dan kemajuan Taman Burung Jurong, dan juga melihat sepintas lalu masa depan di Mandai.



Antara lain, pengunjung kini boleh memelihara burung flamingo secara simbolik dengan menyumbang $50 menerusi program Foster a Flamingo.



Individu akan diberikan e-sijil dan baucar bagi gelang kunci flamingo untuk setiap sumbangan.



Kesemua sumbangan itu akan disalurkan bagi penjagaan haiwan, penyelidikan dan program pendidikan di taman-taman Wildlife Reserves Singapore dan menyokong projek pemuliharaan untuk melindungi spesies terancam di Singapura dan rantau ini.



Pada bulan depan pula, pengunjung boleh menyaksikan edisi khas persembahan Taman Burung Jurong, dengan kemunculan beberapa burung perintis taman itu, seperti burung kakak tua Big John, di High Flyers Show.



Big John, yang menyertai taman itu sejak ia dibuka pada hari pertama, merupakan burung kakak tua yang tertua di taman itu pada usia melebihi 50 tahun.



Orang ramai juga boleh menyimpan kenangan pengalaman High Flyers Show mereka dengan membawa pulang patung kecil edisi terhad yang menggambarkan pengacara haiwan (animal presenter) dengan seekor burung kakak tua, yang dibuat dengan kerjasama Precious Moments bagi memperingati ulang tahun ke-50 taman itu.



Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kegiatan yang akan diadakan sempena jubli emas Taman Burung Jurong, lungsuri laman www.birdpark.com.sg/jbp50.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >