Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU

Pelbagai cara haiwan liar tangani suhu panas

Sementara alat hawa dingin membantu manusia menyejukkan badan, haiwan liar juga mempunyai cara tersendiri untuk mengatasi suhu badan tinggi. Awal bulan ini, gambar tupai terbongkang di New York untuk menangani kepanasan musim panas disebarkan dalam media sosial. BERITA HARIAN menerangkan mengapa ia terbongkang dan bagaimana haiwan lain di Singapura mengekalkan suhu badan yang sejuk di Singapura.
Aug 25, 2022 | 05:30 AM



TUPAI TERBONGKANG



Pernah lihat tupai terbongkang atas pokok?



Jangan terkejut, tupai itu hanya dalam keadaan terbongkang untuk menyejukkan badan daripada kepanasan.



Tingkah laku ini telah mengambil perhatian Jabatan Taman dan Rekreasi New York City dua minggu lali dan mereka memberitahu penduduk agar tidak panik apabila melihat tupai dalam keadaan sedemikian pada musim panas.



Sesetengah mamalia mengamalkan posisi sebegitu untuk mengurangkan haba badan dengan meregangkan anggota badannya kepada permukaan yang sejuk, kata saintis Muzium Sejarah Semula Jadi Lee Kong Chian NUS, Encik Marcus Chua.



Tupai tempatan di Singapura, seperti tupai pisang raja juga terbongkang untuk mengurangkan haba badan.



Encik Chua menambah:



"Saya telah melihat mereka berkelakuan sedemikian pada dahan pokok. Saya juga pernah lihat pakcik-pakcik terbaring di lantai setelah selepas bersenam."



PEMUTIHAN KARANG



Kenaikan suhu laut oleh sebab perubahan iklim menyebabkan terumbu karang di Singapura dan di luar negara hilang warnanya.



Suhu air yang semakin meningkat juga menyebabkan polip karang mengalami tekanan, yang kemudian mengakibatkan alga simbiotik yang tinggal tisu baru karang terusir, kata pengarah kumpulan bagi Pusat Biodiversiti Negara, Encik Ryan Lee.



Setelah alga diusir, karang akan mendedahkan rangka kalsium karbonat yang merupakan warna putih atau keadaan pemutihan, katanya.



Di Singapura, pemanasan suhu laut bertambah lebih buruk dengan El Nino, fenomena iklim semula jadi yang menyebabkan persekitaran lebih panas dan kering di Asia Tenggara, tambah beliau.



Sejauh ini, terdapat tiga peristiwa pemutihan batu karang yang besar tercatat di Singapura, dan paling terkini berlaku pada 2016.



BABI HUTAN BERKUBANG



Banyak haiwan darat seperti babi hutan dan badak air bergolek dalam lumpur untuk menurunkan suhu badan mereka, kata rakan kongsi dan konsultan veterinar VetTrust Singapore, Dr Teo Boon Han.



Haiwan-haiwan sebegini kurang kelenjar peluh justeru lumpur dapat membantu mereka menyejukkan badan.



Haba badan berkurang apabila lumpur menjadi kering.



Lumpur yang kering juga berfungsi sebagai pelindung matahari jadi kulit mereka tidak terdedah kepada matahari sepenuhnya, tambah Dr Teo.



ANJING BERLIUR



Sesetengah mamalia bergantung kepada air liur dan akan tercungap-cungap untuk menyejukkan badan. Tidak sama seperti manusia yang boleh berpeluh untuk mengurangkan haba badan.



Apabila berliur atau mencungap-cungap, ia meningkatkan aliran udara ke dalam pernafasan mereka dan membantu untuk menyejukkan badan.



Namun, ini adalah proses yang menggunakan banyak tenaga dan menyebabkan air dalam badan untuk berkurang, kata Encik Chua.



BANGAU BUANG AIR KECIL



Untuk mengelak kakinya daripada berasa terlalu panas, bangau kerap kencing di kaki mereka sendiri.



Tingkah laku ini dikenali sebagai urohidrosis.



Ia membantu burung-burung itu, yang biasanya ditemui di persekitaran yang terdedah kepada matahari, untuk mengurangkan haba bada melalui penyejukan penyejatan, kata penyelaras serantau pemuliharaan spesies migrasi di BirdLife International, Dr Yong Ding Li.



Singapura telah mencatat empat spesies bangau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >