Pelbagai insentif bagi 5,800 drebar teksi SMRT

SERAMAI 5,800 pemandu teksi SMRT akan menerima pelbagai insentif baru yang bernilai kira-kira $2.5 juta, kata syarikat itu semalam.

Ini termasuk Medisave tambahan sebanyak $50 bagi pemandu sepenuh masa dan $25 bagi pemandu sambilan; insentif sebanyak $50 bagi yang memandu sejauh 250 kilometer sehari pada hujung minggu Hari Kebangsaan; rebat cukai jalan sebanyak $510 bagi petrol teksi yang akan dibayar setiap setengah tahun dari bulan ini hingga Julai tahun depan; bonus kesetiaan tambahan antara $180 dan $ 1,000 untuk pemandu yang telah berkhidmat dengan syarikat itu lebih daripada enam tahun dan di luar skim insentif kesetiaan yang sedia ada; serta diskaun di stesen minyak Esso.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan