Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ULANG TAHUN KE-55 PERKHIDMATAN NEGARA

Pelbagai insentif sebagai hargai sumbangan NSmen: Zaqy

Jun 28, 2022 | 05:30 AM



SEORANG anggota Perkhidmatan Negara (NS) muda terpaksa memendekkan sambutan ulang tahun datuknya semata-mata untuk kembali ke kem, sementara seorang lagi bergegas kembali ke sekolah di mana beliau mengajar.



Kededua kisah sebenar pengalaman NS ini telah dirakam dan mendapat sokongan para pelajar sempena sambutan 55 tahun NS.



Salah satu kisah itu, yang diberi nama Duty, telah dihasilkan para pelajar tahun kedua Politeknik Temasek (TP) dan berjaya menggondol tempat pertama daripada 78 penyertaan lain, serta judul terbaik bagi video aksi secara langsung.



Pengarahnya, Encik Andy Wan, 18 tahun, berkata video tersebut mendapat inspirasi daripada abangnya, yang kini sedang menjalani NS.



"Kebanyakan kami mempunyai anggota keluarga yang telah jalani pengalaman sedemikian... dan saya benar-benar berasakan seperti ia satu tanggungjawab besar yang patut dipaparkan di hadapan kamera.



"Kami semua di sini, kami hormati pengorbanan dan tugas yang mereka paparkan terhadap tanggungjawab mereka semasa jalani NS," tambahnya.



Satu lagi filem, One Man, Many Hats, telah difilemkan para pelajar kelab media digital Sekolah Menengah Evergreen dan meraih anugerah pembikin video muda, yang mengiktiraf video terbaik oleh para pelajar daripada sekolah menengah yang menyertainya, selain menerima anugerah merit serta pilihan penonton.



Kededua video itu akan ditayangkan bersama tujuh pemenang yang lain di kelab-kelab Safra serta lobi lif di estet-estet perumahan menjelang Hari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) pada Jumaat ini, serta Hari Kebangsaan yang akan datang.



Ia sebahagian daripada inisiatif Kami Ucap Terimakasih Pada NSmen, yang diumumkan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, semalam.



Encik Zaqy yang juga presiden Safra, berkata inisiatif tersebut bertujuan mengiktiraf sumbangan oleh NSmen di seluruh generasi berbeza.



"Salah satu yang amat menggembirakan ialah sokongan yang mencurah-curah dari peringkat bawahan, terutama daripada pelbagai kumpulan termasuk lebih 140 peniaga yang menawarkan tawaran NS55 sebagai tanda penghargaan kepada NSMen bagi sumbangan mereka kepada pertahanan dan keselamatan Singapura," katanya.



Tawaran NS55 ini meliputi beberapa kategori, termasuk platform dalam talian seperti Lazada dan Shopee, serta cawangan makanan dan minuman.



Lebih 200 tawaran akan disediakan mulai Jumaat ini, dengan anggota NSmen akan dapat gunakan kredit NS55 sebanyak $100 yang akan diterima mereka bulan depan, untuk membelinya.



Kredit-kredit ini akan diagih menerusi aplikasi gerak LifeSG, yang memberikan pengguna akses kepada perkhidmatan pemerintah, dan sah diguna selama setahun selepas diedarkan.



Mereka boleh membelanjakannya di kedai-kedai fizikal atau dalam talian yang menerima bayaran digital PayNow atau Nets QR.



NSmen yang telah menjalani atau sedang menjalani NS mereka akan turut menerima keanggotaan tambahan Safra atau HomeTeamNS selama setahun, yang perlu mereka daftar sehingga 31 Disember tahun ini.



Manfaat Safra termasuk akses ke enam kelab di meliputi kawasan Jurong, Mount Faber, Punggol, Tampines, Toa Payoh, dan Yishun, dengan yang ketujuh di Choa Chu Kang menjelang awal 2023.



HomeTeamNS pula mempunyai lima kelab di kawasan Balestier, Bukit Batok, Chinatown, Khatib dan Tampines, dengan yang keenam di Bedok menjelang akhir tahun ini.



Keanggotaan bagi kededua-duanya termasuk juga antara lain diskaun dan keistimewaan melibatkan rakan-rakan peniaga.



Selain diskaun dan promosi, prasekolah akan turut sertai acara memperingati NS55, dengan lebih 35,000 kanak-kanak dari 300 pusat prasekolah serata pulau mengambil bahagian dalam sesi-sesi jamming-seni menjelang tiga minggu akan datang.




“Salah satu yang amat menggembirakan ialah sokongan yang mencurah-curah dari peringkat bawahan, terutama daripada pelbagai kumpulan termasuk lebih 140 peniaga yang menawarkan tawaran NS55 sebagai tanda penghargaan kepada NSmen bagi sumbangan mereka kepada pertahanan dan keselamatan Singapura.” – Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad yang juga Presiden Safra.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >