Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelbagai isu dibincang dalam dialog bersama asatizah anjuran BH

Jul 09, 2021 | 05:30 AM



ASATIZAH di Singapura memainkan peranan penting membimbing masyarakat Melayu/Islam mengamalkan adab baik dalam kehidupan sebagai sebuah masyarakat minoriti di sebuah negara majmuk, kata Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam.



"Saya rasa penting kita kembali kepada asas agama, terutama berkaitan adab dan bagaimana harus kita hidup sebagai sebuah masyarakat minoriti, dan bagaimana kita perlu pedulikan orang lain," ujar beliau.



Bagaimanapun, Cik Rahayu berkata adab bukan mengenai interaksi antara satu sama lain sahaja, malah lebih daripada itu. Ia juga boleh diterapkan dalam pendidikan seks dan apabila berbincang tentang isu perkauman.



"Kalau konsep perkauman, bagaimana kita boleh terapkan nilai-nilai Islam dan bangsa kita untuk tunjukkan kita sebuah masyarakat yang boleh berinteraksi dan boleh memberi sumbangan besar kepada masyarakat," kata beliau,



Cik Rahayu berkata demikian sebagai penutup satu dialog dalam talian dua jam anjuran Berita Harian bersama asatizah semalam.



Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, turut serta dalam dialog itu, yang merupakan sesi dialog kerap yang dijalankan akhbar ini bersama kumpulan dalam masyarakat.



Antara kumpulan pernah terlibat ialah pekerja dalam ekonomi gig, ejen hartanah, peniaga dari rumah dan kumpulan seni.



Kebanyakan peserta dialog semalam adalah kakitangan masjid, yang berkongsi pandangan berhubung pelbagai isu, seperti Covid-19 dan cara masjid menyesuaikan diri dengan norma baru, vaksinasi, perkauman, serta isu seksual berkaitan tinjauan lucah yang tular baru-baru ini.



Mereka memberi pandangan secara berterus terang, termasuk cabaran yang mereka hadapi dalam menyesuaikan diri dengan keadaan dan situasi baru.



Mengulas, Encik Zhulkarnain mengajak asatizah terus mempertingkat diri dengan memanfaatkan pelbagai subsidi dan program yang ada agar lebih bersedia menangani cabaran hari muka.



Ini lebih-lebih lagi bagi asatizah yang mengajar belia dalam kelas agama, agar mereka lebih berkemahiran, terutama dalam memahami keprihatinan dan cabaran anak muda hari ini.



"Asatizah adalah benteng masyarakat kita dan juga perisai minda anak-anak muda kita. Mungkin memang ada cabarannya, tetapi ada juga banyak sokongan yang boleh asatizah manfaatkan daripada pemerintah dan juga M3 (M Kuasa Tiga)," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >