Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelbagai isu dikemuka dalam dialog anjuran BH bagi pekerja penghantaran

Jun 09, 2021 | 05:30 AM



ISU seperti manfaat perubatan, vaksinasi awal, pesanan palsu serta harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bagi motosikal dikemukakan dalam dialog bersama pekerja penghantaran makanan dan barangan anjuran Berita Harian semalam.



Dialog dalam talian tersebut bertujuan membincangkan keprihatinan pekerja ekonomi gig itu, terutama dalam keadaan pandemik sekarang.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, dan Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha, turut serta dalam dialog bersama 14 penghantar makanan dan barangan, termasuk yang menggunakan khidmat Foodpanda dan Grab, itu.



Salah satu keprihatinan yang dikemukakan ramai ialah kurangnya manfaat perubatan yang diberikan kepada pekerja penghantaran jika mereka ditimpa kemalangan, jatuh sakit atau perlu mendapatkan rawatan di hospital.



Menurut mereka, insiden seperti itu boleh menjejas kestabilan pendapatan pekerja penghantaran serta kehidupan keluarga mereka.



Peserta juga berharap pekerja penghantaran diberi keutamaan untuk mendapatkan vaksinasi Covid-19 demi memastikan keselamatan pekerja, keluarga mereka dan orang ramai.



Masalah 'prank order', atau pesanan makanan yang dibuat bagi mempermainkan orang, turut menimbulkan kebimbangan di kalangan pekerja penghantaran kerana menjejas pendapatan mereka.



Ini selain persaingan yang lebih sengit dalam kalangan pekerja penghantaran, terutama sekali dalam keadaan pandemik.



Dr Faishal akur akan cabaran yang dihadapi pekerja penghantaran dalam situasi sekarang dan berbesar hati melihat semangat progresif dan positif yang ditonjolkan mereka dan meyakinkan bahawa isu-isu tersebut akan dikemukakan kepada pihak relevan.



Pada masa sama, beliau menggesa pekerja penghantaran supaya sama-sama berusaha memikirkan cara terbaik untuk membuat penyesuaian untuk tingkatkan kestabilan demi menjaga kehidupan sendiri dan keluarga.



"Anda semua wira yang keluar untuk berkhidmat walaupun dalam keadaan ini, dan sikap positif dan progresif yang anda tonjolkan membuatkan kita lebih yakin, teruskan sikap itu.



"Isu-isu ini memang perlu terus dipertimbangkan dan difikirkan, pada masa yang sama saya harap anda juga dapat melakukan penyesuaian untuk tingkatkan kestabilan untuk diri sendiri dan juga keluarga," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >