Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelbagai kegiatan semarak karnival Asean untuk warga

Usaha tonjol kesedaran dan keunikan Asia Tenggara menerusi makanan, budaya dan warisan
Jan 10, 2018 | 05:30 AM



PELBAGAI kegiatan telah dirancang bagi meningkatkan kesedaran tentang Asean di kalangan warga Singapura dengan makanan, budaya dan seni menerusi satu karnival yang akan berlangsung Jumaat hingga Ahad ini.



Karnival yang dinamakan Experience Asean itu akan berlangsung di Ficus Green di Taman Bishan-Ang Mo Kio.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan melancarkan karnival itu Jumaat ini.



Acara ini berbeza daripada acara Asean yang biasanya diadakan, yang melibatkan pemimpin anggota negaranya menghadiri mesyuarat peringkat tinggi dengan berpakaian rasmi di lokasi bandar.



Namun kali ini, acara itu bertujuan mendekati warga biasa bagi meningkatkan kesedaran mereka tentang Asean.



Menerusi karnival itu, pengunjung antara lain dapat mempelajari tentang budaya negara Asean menerusi pelbagai kegiatan, persembahan, makanan dan sebagainya.



Sebagai contoh, kedutaan dan suruhanjaya tinggi negara Asean di sini akan memaparkan makanan dari negara mereka.



Pengunjung juga boleh menjamu selera di pelbagai gerai makanan lain termasuk The Original Pisang Keju, Yummy Takoyaki, WORD, Carnivori dan sebagainya.



Selain menikmati pelbagai sajian yang ditawarkan, orang ramai juga boleh mengikuti pelbagai bengkel kraf tangan seperti membuat layang-layang dan menghasilkan gelang tangan.



Karnival ini turut memaparkan maskot bernama Paddie, yang berbentuk sebutir beras.



Paddie melambangkan makanan utama jutaan orang di Asia Tenggara.



Pengunjung ke karnival tersebut berpeluang mendapatkan patung Paddie bagi tempoh yang terhad.



Mereka hanya perlu bergambar dengan arca "We Are ASEAN" dan memuat naiknya ke Instagram dengan hashtag #WeAreASEAN dan #ASEAN2018, serta tag @mfa_sg.



Kemudian, mereka boleh menunjukkan gambar itu kepada pegawai di kaunter di karnival itu untuk mendapatkan Paddie pulang.



Paddie boleh didapatkan dalam lima reka bentuk yang berbeza sepanjang karnival tiga hari itu.



Pengunjung juga boleh memberi sentuhan kreatif mereka kepada Paddie dengan menyertai bengkel mewarnakan patung tembikar Paddie yang mereka boleh bawa pulang.



Orang ramai juga boleh menikmati pelbagai kegiatan lain yang bakal diadakan termasuk lukisan karikatur dan kegiatan melukis wajah serta permainan kereta api untuk kanak-kanak, Viking Ship dan Bouncy Castle.



Mereka yang ingin bersantai sahaja juga boleh melakukan demikian di karnival itu sambil dihiburkan persembahan oleh penyanyi setempat serta masyarakat daripada anggota negara anggota Asean.



Antara lain, pancaragam dari Filipina dan Vietnam serta kumpulan budaya dari Indonesia akan menghiburkan pengunjung pada hari Sabtu.



Persembahan lain termasuk tarian dan nyanyian daripada beberapa sekolah termasuk Politeknik Singapura, Sekolah Menengah Deyi, Sekolah Menengah Yio Chu Kang dan Sekolah Menengah Whitley; penyanyi Tay Kewei; kumpulan The Sam Willows dan The Very Special Show Choir oleh The HEART Enterprise sepanjang karnival tiga hari itu.



The Very Special Show Choir memaparkan individu autistik yang dilatih dalam seni nyanyian koir.



Di acara pelancaran karnival itu nanti, Encik Lee akan mendedahkan sejenis anggerik khas sempena memperingati peranan yang dimainkan Singapura sebagai Pengerusi Asean 2018.




KARNIVAL ASEAN



Tarikh dan waktu:

Jumaat, 12 Januari (6 petang - 10 malam)

Sabtu, 13 Januari (11 pagi - 9 malam)

Ahad, 14 Januari (11 pagi - 7 malam)



Tempat: Ficus Green, Taman Bishan-Ang Mo Kio



Masuk percuma.



Dapatkan percuma:

- Beg cenderahati

- Patung Paddie, bagi tempoh yang terhad



Nikmati:

- Pelbagai persembahan (termasuk oleh Dick Lee, The Sam Willows dan Tay Kewei)

- Kegiatan kraf tangan seperti membuat gelang tangan, layang-layang dan lain-lain lagi

- Permainan seperti Bouncy Castle dan Viking Ship



Jamu selera:

Di lebih 30 gerai yang menyajikan makanan hipster dan makanan dari pelbagai negara anggota Asean.



Untuk maklumat lanjut tentang acara lungsuri laman Facebook di http://bit.ly/2D65C4Q.



Untuk maklumat lanjut tentang Asean 2018, lungsuri laman Facebook rasmi Asean 2018 di http://bit.ly/2Fb8U7z.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >