Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelbagai pelonggaran sekatan Covid-19 di M'sia mulai 1 Mei

Apr 29, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Malaysia akan memansuhkan aturan ujian Covid-19 bagi semua pelancong yang telah divaksinasi sepenuhnya atau berusia bawah 12 tahun yang memasuki negara itu.



Pemakaian pelitup juga tidak diwajibkan di kawasan terbuka dan pemeriksaan sebelum memasuki bangunan juga tidak diwajibkan, sedang negara itu melonggarkan langkah keselamatan pandemik mulai bulan depan.



Menurut satu laporan The Straits Times semalam, lawatan dan rumah terbuka dibenarkan semasa Hari Raya Puasa dan tiada had ke atas bilangan pelawat ke sesebuah rumah.



Terdapat had 15 orang pada satu-satu masa semasa Hari Raya tahun lalu.



Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pelonggaran yang diumum kelmarin itu menyusuli penurunan kadar kemasukan hospital akibat Covid-19 dan permintaan bagi katil jagaan rapi.



"Kebebasan ini tidak bermakna kita telah menang perang terhadap Covid-19. Kita mesti pastikan perayaan tidak berakhir dengan bencana.



"Meskipun kita tidak menunjukkan sebarang gejala, kita mungkin pembawa virus Covid-19," kata Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin, pada satu sidang media yang disiarkan secara langsung di media sosial.



Beliau menasihatkan orang ramai supaya menguji sendiri bagi Covid-19 sebelum keluar menyambut Hari Raya bagi mencegah penularan virus tersebut.



Mulai 1 Mei, pelitup mesti terus dipakai semasa dalam kawasan tertutup, termasuk dalam pengangkutan awam, tetapi tidak diwajibkan di kawasan terbuka.



Semua pelancong yang divaksin sepenuhnya; kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, tidak kira apa jua status vaksinasi mereka; dan pelancong yang mempunyai sejarah pulih daripada Covid-19 dalam enam hingga 60 hari sebelum keberangkatan tidak lagi perlu menjalani ujian prapelepasan (RT-PCR).



Mereka juga tidak diperlukan mengambil satu lagi ujian dalam 24 jam selepas tiba di Malaysia.



Pada masa ini, pelancong yang divaksinasi sepenuhnya mesti mengambil ujian itu 48 jam sebelum keberangkatan, dan sekali lagi apabila tiba.



Namun pelancong darat dari Singapura yang divaksinasi sepenuhnya atau berusia 12 tahun ke bawah dibenarkan masuk ke Malaysia tanpa kuarantin atau ujian.



Pelancong tidak divaksinasi diperlukan mengambil ujian - sama ada RT-PCR atau ujian pantas antigen (RTK-Ag) yang dijalankan seorang profesional perubatan - dalam tempoh dua hari sebelum berangkat ke Malaysia, menjalani ujian RTK yang diselia dalam masa 24 jam setelah tiba, menjalani kuarantin lima hari, dan menjalani RT-PCR pada hari keempat atau ujian RTK profesional pada hari kelima selepas tiba.



Insurans perjalanan tidak lagi diwajibkan bagi pelancong yang masuk ke Malaysia.



Individu tidak divaksin juga dibenar makan di luar dan memasuki pusat beli-belah mulai 1 Mei.



Selain itu, orang ramai tidak lagi perlu menggunakan aplikasi MySejahtera, yang serupa TraceTogether Singapura, untuk memasuki bangunan dan penggunaannya tidak diwajibkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >