Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelbagai peluang latihan untuk pelajar kurang upaya

Apr 15, 2014 | 11:11 AM



LEBIH ramai pelajar kurang upaya yang mengikuti pendidikan khas (SPED) boleh memanfaatkan pelbagai laluan latihan yang akan disesuaikan mengikut keperluan mereka pada masa depan.


Ini agar pelajar dapat meraih peluang latihan dan sokongan yang diperlukan bagi mempersiapkan diri mereka untuk memasuki alam pekerjaan.


Ini diumumkan Menteri Pendidikan, Encik Heng Swee Keat, semasa acara pembukaan rasmi kampus baru Delta Senior School di Chua Chu Kang Grove pagi tadi.


Dalam ucapannya, beliau berkata rancangan untuk mereka dan menyediakan lebih banyak laluan latihan alternatif akan dilaksanakan bagi pelajar SPED yang mempunyai profil dan keperluan yang berbeza.


Sebuah jawatankuasa pelbagai agensi telah ditubuh bagi membangunkan program School-to-Work untuk membantu pelajar beralih dari dunia persekolahan ke alam pekerjaan.


Jawantankuasa tersebut akan bekerja rapat dengan beberapa sekolah SPED bagi merintis program tersebut selama dua tahun dari 2014 hingga 2015.


Program itu akan disediakan untuk lebih banyak sekolah SPED secara berfasa mulai 2016.


"Ideanya adalah untuk menyediakan peluang pekerjaan dan latihan yang disesuaikan yang direka berdasarkan kepelbagaian profil dan keperluan pelajar.


"Untuk memastikan peralihan ke alam pekerjaan yang lebih baik, latihan akan dilaksanakan di tempat kerja di mana terdapat latihan asli dan integrasi bersama rakan-rakan kerja," kata Encik Heng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >