Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelbagai pilihan manfaat flat raih pendapatan

Oct 09, 2019 | 05:30 AM



USIA sudah mencecah lebih 65, anak dan cucu sudah berpindah keluar rumah.



Tinggal anda dan pasangan anda sahaja dalam rumah besar yang mempunyai beberapa bilik kosong.



Inilah peluang untuk meraih pendapatan yang dapat digunakan dalam meniti tahun-tahun persaraan anda.



Warga emas boleh meraih pendapatan menerusi aset mereka - rumah sendiri. 



Mereka boleh menyewakan bilik mereka, berpindah ke flat yang lebih kecil, ataupun tinggal bersama anak-anak sambil menyewakan seluruh rumah.



Demikian antara cara-cara bagi warga emas memanfaatkan nilai flat mereka, menurut kaunselor kewangan, Cik  Nhor Sharafina Binti Sarfrazul Ameen, 26 tahun.



“Pengewangan bertujuan untuk memanfaatkan nilai flat untuk memenuhi keperluan



Persaraan. Namun jita pemilik rumah mempunyai sumber pendapatan alternatif atau sokongan kewangan daripada ahli keluarga yang lain, mereka tidak perlu meneruskan pilihan tersebut,” ujarnya.



Beliau yang sudah setahun menggalas tugas sebagai kaunselor kewangan berkata bahawa tatkala bertemu dengan warga emas, beliau akan menerangkan  pilihan yang boleh diambil, dan memberi nasihat bergantung kepada keadaan mereka sendiri.



“Kebanyakan pemilik rumah membeli flat bagi mereka dan anak-anak dan setelah anak-anak berkahwin dan berpindah keluar, kemungkinan hanya satu pemilik atau satu pasangan yang tinggal dalam flat besar. Oleh itu, kami boleh menasihati pemilik membeli flat lebih kecil atau flat fleksi dua bilik dengan pajakan singkat (short lease 2-room Flexi flat).



“Ada pula yang mungkin lebih suka untuk terus menetap dalam flat lebih besar supaya cucu-cucu dapat tinggal dalam rumah mereka. Oleh itu, pilihan pengewangan bergantung kepada situasi dan keperluan keluarga yang berbeza-beza,” kongsi beliau.



Antara kebimbangan warga emas, menurut Cik Sharafina adalah jika mereka hidup melebihi pajakan flat ataupun mereka meninggal dunia sewaktu pajakan tersebut.



“Di bawah Skim Beli Balik Pajakan (LBS), pajakan akan dikekalkan berdasarkan umur pemilik paling muda, dan perlu menampung (cover) semua pemilik sehingga sekurang-kurangnya 95 tahun.



“Dalam situasi di mana pemilik flat meninggal dunia, anak atau pasangan pemilik yang tinggal dalam flat itu diberi pilihan untuk ambil alih atau tinggal dalam flat sepanjang baki tempoh pajakan tersebut ataupun mengembalikan flat itu kepada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



“Jika pemilik flat melampaui pajakan flat mereka, mereka tidak akan dibiarkan tanpa rumah. HDB akan melihat keadaan kes mereka dan mempertimbangkan sokongan keluarga mereka, keadaan kesihatan dan status kewangan untuk menentukan susunan perumahan yang sesuai untuk mereka,” katanya.



Sebagai kaunselor kewangan, Cik Sharafina berkata bahawa kaunseling kewangan awal dapat membantu warga emas membuat keputusan lebih baik, yang berdasarkan pengetahuan. 



Warga emas akan diberi penerangan yang mudah difahami mengenai semua pilihan pengewangan termasuk LBS.



Sesi kaunseling kedua akan dijadualkan sekiranya warga emas mahu teruskan LBS di mana kaunselor kewangan akan menerangkan kepada mereka dan saksi mengenai pengiraan hasil bersih yang boleh disimpan secara dalam bentuk wang  tunai (actual cash proceeds) dan pembayaran bulanan di bawah CPF Life.



Beliau menggalakkan warga emas yang berminat dalam pilihan pengewangan rumah mereka untuk menghampiri kaunselor kewangan.



“Ini bukan sahaja memberikan mereka gambaran pilihan pengewangan bagi flat tersebut, tetapi juga memberi mereka sumber maklumat bagaimana mereka boleh merancang tahun-tahun persaraan mereka. Ia bukan sekadar menukar perumahan mereka atau mengurus tempat tinggal mereka tetapi juga memberi mereka idea bagaimana pengewangan boleh digunakan untuk menyokong keperluan persaraan mereka,” kata Cik Sharafina.



Bagi warga emas yang ingin berbicara bersama kaunselor kewangan, mereka boleh melakukan demikian dengan membuat temujanji dengan cawangan HDB yang menguruskan daerah mereka.



Kunjungi  www.hdb.gov.sg/retirement untuk mendapatkan butiran lanjut tentang pilihan pengewangan yang ditawarkan. Jika berminat untuk mendapat keterangan lanjut, anda boleh membuat temu janji dengan HDB menerusi ww.hdb.gov.sg/branch.  



 



 



APAKAH PILIHAN YANG ADA?



Ini bergantung kepada sama ada warga emas lebih cenderung mahu berpindah keluar rumah mereka, ataupun terus menetap dalam rumah mereka.



Jika mahu berpindah keluar rumah, berikut pilihan pengewangan yang boleh diambil.



1) Membeli flat lebih kecil menggunakan Bonus Perumahan untuk Warga Eenja (SHB). Warga emas boleh menerima sehingga $20,000 dalam bentuk bonus tunai bagi setiap rumah sekiranya mereka meletakkan sebahagian hasil jualan bersih ke Akaun Persaraan CPF dan sertai CPF Life.



2) Sewakan seluruh rumah anda, dan pindah ke rumah ahli keluarga. Ini mengizinkan warga emas untuk menerima pendapatan sewa rumah. 



 



Jika mahu terus tinggal dalam rumah sendiri, berikut pilihan pengewangan yang boleh diambil.



1) Sewakan bilik kosong dan warga emas boleh meraih pendapatan sewa.



2) Sertai Skim Beli Balik Pajakan (LBS). Sebahagian hasil penjualan tersebut akan digunakan untuk menambah wang dalam Akaun Persaraan CPF dan juga untuk sertai CPF Life. Warga emas akan menerima pendapatan bulanan seumur hidup, dan bonus LBS dalam wang tunai. Baki hasil tersebut boleh disimpan setelah ditambah ke CPF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >