Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Pelbagai program tarik minat ramai hargai budaya ke muzium

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pelbagai program tarik minat ramai hargai budaya ke muzium

Sejak Meja Bundar Muzium ditubuh pada 1996, ia berkembang dengan penubuhan 60 muzium awam dan swasta serta galeri warisan, merangkumi pelbagai kategori fokus dan minat
Aug 28, 2021 | 05:30 AM

SIDANG Meja Bundar Muzium atau Museum Roundtable (MR) mulai September ini akan menyambut ulang tahun ke-25 pembentukannya oleh Lembaga Warisan Negara (NHB) dengan pelbagai program menarik dalam usaha menarik minat orang ramai menghargai budaya ke muzium.

MR pertama kali ditubuhkan pada 1996 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan NHB untuk mengembangkan landskap muzium yang rancak dan beraneka gaya di Singapura, dan menempatkan muzium sebagai destinasi budaya yang unik.

Sejak itu, ia telah berkembang dengan penubuhan 60 muzium awam dan swasta dan galeri warisan, merangkumi pelbagai kategori fokus dan minat, bertemakan Seni, Budaya dan Masyarakat; Pertahanan, Penjagaan Kesihatan; Gaya Hidup dan Koleksi; Sejarah Nasional dan Sains dan Inovasi.

Sebagai pembuka tirai perayaan, MR melancarkan siri Kembara Misteri Muzium yang akan berlangsung setiap hujung minggu dari 4 hingga 26 September ini yang membolehkan orang ramai meneroka muzium-muzium terpilih di Singapura, termasuk yang kurang dikenali.

Perayaan itu akan berakhir dengan Pameran Perjalanan Ulang Tahun ke-25 MR pada November dengan aktiviti pendidikan dan kegiatan menyeronokkan yang dapat dinikmati seisi keluarga.

Cik Chang Hwee Nee, Ketua Eksekutif NHB dan Ketua Meja Bundar Muzium, menerusi satu kenyataan berkata:

"MR telah berkembang pesat dengan menyambut ramai anggota baru sepanjang 25 tahun terakhir ini, sehingga mencapai keahlian tertinggi sebanyak 62 muzium tahun ini.

"Kami menikmati hubungan kerja yang erat dengan kesemua muzium itu, dan bersama-sama, kami dapat mengatur banyak program menarik untuk memeriahkan budaya muzium Singapura dalam tempoh beberapa dekad.

"Dengan cuti sekolah September ini, kami ingin mengalu-alukan warga Singapura mengenali semula muzium dan landskap warisan kita yang penuh semangat dengan memberi kesan baru pada pengalaman muzium dan menyuntik unsur kejutan dengan program Kembara Misteri Muzium kami," ujar beliau.

Kembara Misteri Muzium dianjurkan dengan kerjasama 10 anggota MR, akan didasarkan kepada tiga tema "Pengakuan Fesyen", "Makhluk Mitos" dan "Rahsia Tersembunyi".

Sebanyak 34 lawatan disediakan bagi program itu.

Setiap tema akan menampilkan jadual perjalanan yang unik dan menawarkan pandangan berbeza mengenai koleksi dan cara kerja ahli MR yang mengambil bahagian.

Orang ramai boleh mendaftar untuk tema yang menarik minat mereka, dan muzium yang terpilih hanya akan didedahkan kepada peserta pada hari lawatan. Inilah yang diharapkan oleh para peserta dalam lawatan.

Tema "Pengakuan Fesyen" yang lawatannya mengambil masa kira-kira dua setengah jam atau tiga jam, misalnya membawa anda melalui artifak fesyen yang dipamerkan di beberapa muzium Singapura, dan mempamerkan sejarah fesyen dan kepentingan budaya di Asia.

Peserta akan belajar mengenai kisah, kepentingan dan ketukangan di sebalik artifak fesyen, seperti pakaian, hiasan kepala, barang kemas dan aksesori lain, selain meneroka cara-cara di mana artifak itu memperkasakan identiti dan mengukuhkan hubungan masyarakat.

Tema "Mahluk Mitos" menarik perhatian dengan pengembaraan mencari makhluk yang tersembunyi di muzium Singapura.

Peserta akan belajar mengenai amalan dan kepercayaan di sebalik dewa-dewa dan penjaga pelindung dalam mitos Asia Selatan dan Tenggara, serta kepentingan watak-watak mitos itu dalam budaya dan masyarakat masing-masing.

Bayaran tiket bagi kedua-dua tema itu ialah $20 seorang.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3