Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelepasan sewa, subsidi $9j bagi penjaja di pusat makanan NEA

May 23, 2021 | 05:30 AM



PENJAJA terjejas akibat pelanggan berkurang sedang kes Covid-19 meningkat akan menerima bantuan pelepasan sewa dan subsidi berjumlah $9 juta.



Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan memberi pelepasan sewa setengah bulan kepada mereka bagi bulan ini dan bulan depen, umum Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor, semalam.



Ini akan membantu sekitar 6,000 penjaja di pusat makanan NEA atau pengendali yang dilantik NEA. Pelepasan sewa itu berjumlah sekitar $5.5 juta.



Menurut Dr Khor, pegerai baru yang mempunyai kontrak sewa mulai 1 Jun juga akan menerima pelepasan sewa setengah bulan itu.



"Perniagaan mereka terjejas disebabkan langkah diperketat yang tidak membenarkan orang ramai menjamu selera di premis kedai makanan dan minuman serta jumlah pelanggan berkurangan kerana lebih ramai orang bekerja dari rumah dan sekolah pula mengamalkan pembelajaran di rumah," kata beliau, yang juga Menteri Negara Kanan Pengangkutan.



Selain pelepasan sewa, NEA akan memberi subsisdi 100 peratus bagi bayaran perkhidmatan cuci meja dan pinggan sepanjang tempoh sekatan dipertingkat itu. Subsidi itu berjumlah sekitar $3.3 juta.



"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada wira penjaja kita, bagi kerja keras mereka dalam menyediakan hidangan yang harganya berpatutan serta perkhidmatan penjaja selamat dan bersih," kata Dr Khor, sambil menggesa orang ramai membawa bekas makanan guna semula mereka sendiri jika ingin membawa pulang makanan ditempah.



Ketika dihubungi Berita Minggu semalam, pemilik gerai Warong Sapari di Pusat Makan Adam Road, Encik Sumadi Sapari, berkata pelepasan sewa itu amat dihargai kerana ia mengurangkan sedikit kos mereka.



Namun, menurutnya, kesan langkah diperketat itu ke atas perniagaan makanan tidak sama bagi semua penjaja di serata Singapura.



"Bagi pusat penjaja dekat flat HDB atau kawasan pejabat, kesannya mungkin tak begitu teruk berbanding yang lain, macam kami di Adam Road, yang tak ramai orang buat tempahan.



"Nak harapkan Grab atau Deliveroo pun tak boleh sangat. Tempahan tak banyak sebab kami terletak jauh dari estet perumahan," kata beliau, sambil menambah bahawa penjualannya merosot 50 hingga 60 peratus.



Encik Sumadi berkata sewa yang dibayarnya ialah $2,000 sebulan dan beliau juga perlu membayar perkhidmatan pembersihan sebanyak $550 serta yuran simpan barang $40.



"Bantuan ini memang amat bermanfaat untuk kami, bukan setakat mengurangkan beban peniagaan, bahkan membantu menampung kos menyara keluarga," katanya.



"Tapi perniagaan tetap murung. Dulu kita dapat habiskan 18 hingga 20 bungkus mi seberat tiga kilo sebungkus untuk buat jualan. Sewaktu Covid, kurang kepada 12 hingga 15 bungkusan.



"Sekarang, dengan keadaan ini (kewaspadaan diperketat), paling banyak kita dapat habiskan lapan hingga 10 bungkus saja, dan saya tutup kedai lebih awal, sekitar empat petang, berbanding enam petang dulu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >