Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pelitup kekal wajib setelah 1 Jun; pelindung muka boleh digunakan bagi sesetengah golongan, situasi sahaja

Jun 01, 2020 | 06:55 PM

PENGGUNAAN pelitup akan tetap diwajibkan bagi sesiapa yang keluar rumah dari 2 Jun, kata Kementerian Kesihatan (MOH), sedang Singapura mula dibuka semula pasca pemutus litar.

Pelitup mesti menutupi hidung dan mulut pengguna, tekan MOH.

Namun, pelindung muka hanya akan dibenarkan bagi sesetengah golongan dan dalam keadaan tertentu sahaja.

Sebelum ini, pengguna diberi pilihan menggunakan pelitup atau pelindung muka jika mereka keluar rumah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, MOH berkata:

"Covid-19 merebak sebahagian besarnya melalui titisan. Pelindung muka selalunya mempunyai pembukaan antara pelindung itu dengan muka pengguna.

"Pelitup yang dipakai dengan betul menutupi hidung dan mulut tidak mempunyai pembukaan sedemikian.

"Semasa pemutus litar, pelindung muka boleh digunakan untuk menggantikan pelitup, namun dengan pembukaan semula ekonomi dan masyarakat, kita boleh menjangkakan lebih banyak aktiviti dan hubungan dekat antara manusia...jadi pelitup diwajibkan sebagai asas."

Pun begitu, penggunaan pelindung muka dibenarkan dalam situasi di mana menggunakan pelitup tidak praktikal.

MOH membenarkan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun, individu yang mempunyai kondisi kesihatan yang menyebabkan kesukaran bernafas jika memakai pelitup dalam tempoh lama, dan tenaga pengajar yang mengajar dalam kelas atau kuliah mengenakan pelindung muka.

Mereka yang menggunakan pelindung muka mesti memastikan ia menutupi seluruh muka, dari dahi hingga bawah dagu dan menutupi kedua-dua tepi wajah.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3