Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Pelitup masih perlu dipakai walau kemuncak gelombang terkini Covid-19 sudah lepas

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pelitup masih perlu dipakai walau kemuncak gelombang terkini Covid-19 sudah lepas

Aug 12, 2022 | 05:07 PM

TIADA rancangan melonggarkan peraturan Covid-19 sedia ada, termasuk pemakaian pelitup di dalam tempat tertutup, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

MOH berkata langkah-langkah pengurusan selamat sedia ada akan terus dilaksana meskipun gelombang jangkitan Covid-19 terkini sudah melepasi kemuncaknya.

"Bilangan kes menurun tetapi kekal tinggi dan masih ada risiko. MOH akan terus menentukur langkah bergantung pada keadaan," menurut jurucakap kementerian itu.

Terdapat 7,776 kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semalam (11 Ogos), turun daripada 16,870 kes pada 13 Julai lalu, lapor The Straits Times.

Beberapa pakar di Singapura baru-baru ini mencadangkan bahawa tidak perlu meneruskan penguatkuasaan mewajibkan pemakaian pelitup di dalam tempat tertutup.

Profesor Madya Alex Cook, yang merupakan naib dekan penyelidikan di Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock Universiti Nasional Singapura (NUS), telah mempersoalkan faedahnya.

"Dengan lebih 90 peratus penduduk telah divaksin dan lebih separuh daripada masyarakat dijangkiti, terdapat sedikit sebab untuk membendung virus itu. Tidak perlu meneruskan pemakaian topeng wajib," katanya.

Namun, beliau akur pemakaian pelitup dapat mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan mereka yang berjangkit tetapi tidak menunjukkan sebarang simptom.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3