Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelitup pakai buang, semburan mulut percuma dari Yayasan Temasek selepas Hari Kebangsaan

Jul 07, 2021 | 09:00 PM



YAYASAN Temasek akan mengedarkan pelitup pakai buang dan semburan mulut selepas Hari Kebangsaan (9 Ogos), kata Ketua Eksekutif Temasek Holdings, Cik Ho Ching, pada Rabu (7 Julai).



"Latihan 'Kekal Bersedia' (Stay Prepared) selanjutnya adalah bagi pelitup bedah gred perubatan pakai buang N95. Nantikan beritanya selepas Hari Kebangsaan," jelas Cik Ho dalam pos Facebook. 



Ini akan diikuti dengan satu lagi latihan edaran cecair kumur mulut iodin povidon yang boleh digunakan sebagai semburan mulut pada September atau Oktober, tambahnya.



Inisiatif 'Kekal Bersedia' oleh yayasan ini adalah bagi membantu masyarakat bersiap-sedia bagi tempoh kecemasan seperti Covid-19.



Di bawah respons Covid-19 dalam inisiatif ini, yayasan ini telah mengedarkan pelitup yang boleh digunakan semula menerusi mesin layan diri. 



Buat masa ini, ia juga mengedarkan oksimeter percuma bagi mengukur kadar oksigen dalam darah dari 5 Julai hingga 5 Ogos menerusi rangkaian farmasi dan pasar raya utama.



Sekitar 300 cawangan FairPrice, Sheng Siong, Giant, Cold Storage, Watsons, Guardian dan Unity kini menjadi lokasi mendapatkan oksimeter berkenaan. Yayasan Temasek, dalam pada itu, tiada rancangan menjual oksimeter itu.



Cik Ho juga berkata dalam lampiran posnya bahawa pihaknya kini sedang dalam perbincangan menambah tempat bagi mendapatkan oksimeter itu di cawangan pasar raya Prime pula. 



Mereka yang tidak menerima risalah bagi mendapatkan oksimeter ini boleh menghubungi talian 1800-7382-000 dan meninggalkan nama, nombor telefon dan alamat bagi Yayasan Temasek serahkan kepada Singapore Post bagi menjalankan pemeriksaan lanjutan, kata Cik Ho lagi.



Mereka yang tidak mahu mendapatkan oksimeter itu boleh memberikan risalah yang diterima kepada orang lain.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >