Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelonggaran sekatan Covid-19: Makan luar dibenarkan mulai Isnin tapi dihadkan 2 orang

Jun 18, 2021 | 05:38 PM




MENJAMU selera di restoran dan pusat makanan akan dibenarkan semula mulai Isnin ini, namun dalam kumpulan sehingga dua orang sahaja berbanding lima yang diumumkan sebelum ini, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong.



Had kumpulan itu mungkin dinaikkan kepada lima orang pada pertengahan bulan depan sebagai sebahagian pendekatan bertahap untuk melonggarkan sekatan, kecuali berlakunya keadaan tidak dijangka dalam situasi virus Covid-19 ini, tambah Encik Gan.



“Ini pendekatan lebih berhati-hati untuk mengurangkan risiko kenaikan kes dan pembentukan kelompok besar,” kata beliau dalam sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi menangani Covid-19 pada Jumaat (18 Jun).


Mulai Isnin ini juga, gim dan studio kecergasan boleh mengadakan kegiatan sukan atau senaman dalam bangunan tanpa pelitup dalam kumpulan sehingga dua orang, dan dalam kelas sehingga 30 orang termasuk instruktor.





Kegiatan tersebut mesti ada jarak selamat sekurang-kurangnya dua meter antara individu dan tiga meter antara kumpulan.





Majlis jamuan perkahwinan pula terus tidak boleh diadakan sehingga pertengahan bulan depan kerana ia dianggap sebagai kegiatan berisiko tinggi di mana orang ramai bercampur gaul untuk tempoh yang lebih lama.





Bekerja dari rumah juga akan terus kekal sebagai aturan tetap.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >