Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEMERGIAN DI BULAN SUCI

Pelopor, konduktor Orkestra Melayu S'pura diingati sebagai prihatin, bawa ceria

Apr 27, 2021 | 05:30 AM



PENGGIAT muzik tradisional, Mohd Jais Minsawi, dikenang sebagai seorang yang berbakat, baik hati, mesra dan sering tersenyum.



Dalam puluhan kiriman di Facebook yang ditulis kenalannya, Allahyarham, yang meninggal dunia Rabu lalu, turut diingati sebagai seseorang yang prihatin dan membawa keceriaan sepanjang beliau berkhidmat sebagai pemuzik sepenuh masa dengan Pancaragam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).



Jasanya turut dikenang sebagai antara anggota pelopor dan konduktor Orkestra Melayu Singapura.



"Kamu membawa begitu banyak keceriaan dan hilai tawa kepada ramai yang berkhidmat dalam Pancaragam SAF.



"Kamu antara segelintir yang selalu begitu jujur dan baik hati, menjaga dengan baik begitu banyak kumpulan NSF (anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa) yang memasuki Pancaragam SAF," tulis pengguna Facebook bernama Jae Yang.



Seorang lagi pengguna facebook, Siti Khadijah Mahat, berkata Allahyarham adalah orang pertama yang memperkenalkannya kepada bidang muzik.



"Saya berusia enam tahun apabila menyertai Kelab Angklung di Pusat Masyarakat Bukit Batok pada 1993.



"Arwah adalah guru yang hebat dan penyayang. Kami bertemu lagi sebagai rakan kerja jiran (pancaragam SPF & SAF) 20 tahun kemudian," tulisnya.



Allahyarham Jais meninggal dunia pada usia 58 tahun dan meninggalkan seorang anak dan dua cucu.



Anak lelakinya, Encik Muhammad Syahiir, berkata Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung yang dialami pada 10 April lalu.



Beliau, yang turut menghidap kencing manis dan kegagalan ginjal, dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng dan menjalani ballooning (mengembangkan salur nadi jantung) serta dipasang pada sistem sokongan hayat.



Allahyarham sedarkan diri pada 19 April dan dapat berinteraksi dengan anak, cucu, beberapa ahli keluarga dan rakan-rakan.



Tetapi keadaannya bertambah teruk keesokan harinya, sebelum meninggal dunia sehari kemudian.



"Dalam masa 11 hari ini, saya mendapat tahu yang bapa saya telah menyentuh kehidupan ramai orang sepanjang kerjaya dan hayatnya.



"Rakan-rakan daripada pelbagai latar belakang datang mengunjunginya, tanpa mengira usia, status, kaum dan agama.



" Saya bersyukur yang bapa saya mempunyai impak positif kepada kehidupan mereka, dan meninggalkan kenangan yang indah dan lucu," tulis Encik Muhammad Syahiir, 29 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >