Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Peluang bagi pemimpin muda SG tinjau amalan sivik, silang agama di AS

Program Kepimpinan Pelawat Antarabangsa (IVLP) selama 10 hari anjuran Jabatan Negara Amerika turut bertujuan bantu peserta fahami dengan lebih baik perspektif masyarakat Muslim di sana
Jun 16, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI lapan pemimpin muda Pertubuhan Melayu/Islam (MMO) berusia di bawah 45 tahun telah berpeluang menyertai satu program kepimpinan selama 10 hari di Amerika Syarikat.



Program Kepimpinan Pelawat Antarabangsa (IVLP) anjuran Jabatan Negara Amerika itu bertujuan memberi para peserta pengalaman secara dekat amalan terbaik Persatuan Sivik di negara itu terhadap penglibatan agama minoriti dan kumpulan etnik, dalam sebuah masyarakat berbilang budaya.



Ia juga peluang bagi kumpulan peserta itu meneroka peranan yang dimainkan para pemimpin masyarakat setempat dengan tradisi dan agama yang berlainan.



Lawatan itu disertai para wakil daripada Persatuan Muhammadiyah, AMP Singapura, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Yayasan Mendaki, Kelab Mendaki, Persatuan Taman Pengajian Islam Singapura (Pertapis), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), dan Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (MKAC).



Penyelaras dan kurator IVLP 2022, Pensyarah Kanan Adjung di Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Mustafa Izzuddin, yang juga Anggota Majlis dan Konsultan Kanan MKAC, berkata:



"Salah satu objektif utama program pertukaran ini ialah untuk menggalak pemimpin generasi akan datang memupuk kolaborasi antara satu sama lain, demi kebaikan masyarakat Melayu/Islam Singapura.



"Pada masa yang sama pengalaman berinteraksi dengan pertubuhan bukan pemerintah di Amerika yang diraih menerusi program tersebut diharap dapat menambah sumbangan mereka kepada Singapura."



Program yang bermula pada 5 Jun dan berakhir semalam itu meliputi tiga bandar - Washington DC, Detroit (Michigan) dan Greenboro (North Carolina).



"Lawatan ini juga telah mengukuhkan komitmen pelbagai pertubuhan untuk bekerjasama agar dapat memanfaatkan masyarakat umum," kata Pengarah Eksekutif DPPMS, Encik Azrulnizam Shah Sohaimi.



Dalam lawatan itu delegasi Singapura ini berpeluang bertemu dengan para pegawai daripada Jabatan Negara Amerika, bagi mendalami pemahaman tentang usaha pemerintah Amerika berkaitan ruang silang agama, serta bagaimana mereka memanfaatkan usaha-usaha tersebut untuk membuat perubahan - di peringkat setempat dan antarabangsa.



Program itu juga menyaksikan penglibatan delegasi Singapura dengan pelbagai pertubuhan masyarakat, bagi memahami dengan lebih baik usaha bagi menggalak kerjasama silang agama serta memenuhi keperluan masyarakat setempat dan seluruh negara.



Antara tempat yang dikunjungi termasuk Pusat All Dulles Area Muslim Society (ADAMS) bagi mempelajari usaha silang agama di pusat itu dalam bekerjasama dengan masyarakat berbilang agama dan etnik.



Di Michigan, delegasi itu bertemu dengan Mayor Dearborn Michigan, Encik Abdullah Hammoud, serta pasukannya.



Di sini, para delegasi belajar tentang perjalanan Mayor itu selaku pendatang generasi kedua yang dilantik selaku Mayor, falfasah kepimpinannya, serta pelbagai inisiatif yang diperkenalkannya bagi mempertingkat kehidupan masyarakat Dearborn - dari segi pendidikan kesihatan serta infrastruktur.



Malah para peserta juga berpeluang meluangkan masa dengan penduduk setempat, menerusi program homestay bagi memahami dengan lebih baik perspektif masyarakat Muslim di sana, serta hubungan mereka dengan golongan yang berlainan agama.



Presiden Kelab Mendaki, Cik Faridah Saad, melahirkan rasa senangnya melihat belia Muslim di sana yang aktif bukan sahaja di masjid atau pusat Islam, tetapi juga terlibat sama dalam usaha keadilan sosial di peringkat negeri.



Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman, pula menganggap lawatan itu memberinya peluang mempelajari tentang perbezaan dalam masyarakat Amerika, dan bagaimana negara itu menjalin perbezaan tersebut dengan menumpukan kepada usaha menyatukan masyarakat.




"Salah satu objektif utama program pertukaran ini ialah untuk menggalak pemimpin generasi akan datang memupuk kolaborasi antara satu sama lain, demi kebaikan masyarakat Melayu/Islam Singapura. Pada masa yang sama pengalaman berinteraksi dengan pertubuhan bukan pemerintah di Amerika yang diraih menerusi program tersebut diharap dapat menambah sumbangan mereka kepada Singapura."
- Dr Mustafa Izzuddin, selaku penyelaras dan kurator IVLP 2022 yang juga Pensyarah Kanan Adjung di Universiti Nasional Singapura (NUS).




"Lawatan ini juga telah mengukuhkan komitmen pelbagai pertubuhan untuk bekerjasama agar dapat memanfaatkan masyarakat umum."
- Encik Azrulnizam Shah Sohaimi, Pengarah Eksekutif DPPMS.




WAKIL PERTUBUHAN MELAYU/ISLAM (MMO) YANG SERTAI IVLP 2022:



  • Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman

  • Pengarah Eksekutif AMP Singapura, Encik Mohksin Rashid

  • Pengarah Eksekutif DPPMS, Encik Azrulnizam Shah Sohaimi

  • Timbalan Pengarah Future Ready, Yayasan Mendaki, Cik Noor Atiqah AB Halim

  • Presiden Kelab Mendaki, Cik Faridah Mohd Saad

  • Naib Presiden Pertapis, Encik Firdaus Lionel Wilfred D Cruz

  • Penolong Pengarah Kanan Penglibatan Strategik Muis, Cik Hanna Taufiq Siraj

  • Anggota Majlis dan Konsultan Kanan MKAC, Dr Mustafa Izzuddin




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >