Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peluang belia raih pengalaman kerja dalam industri logistik

May 11, 2022 | 05:30 AM



GOLONGAN belia kini mempunyai peluang awal untuk menimba pengalaman kerja dalam industri logistik selepas Singapore Post (SingPost), NTUC Club dan Kesatuan Pekerja Telekom Singapura (UTES) menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) semalam.



Di bawah kerjasama selama tiga tahun itu, SingPost akan membangunkan program bagi anggota nEbO, sebuah masyarakat bagi pelajar dan belia berusia 12 hingga 25 tahun yang dikendalikan NTUC Club, meraih wawasan dan pengalaman amali dalam industri logistik.



Antara program yang akan disediakan termasuk enam bengkel menjalin rangkaian dan kerjaya, 30 penempatan bekerja sambil belajar, dan enam lawatan pembelajaran.



Acara menandatangani MOU itu semalam disaksi oleh Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng.



Encik Ng berkata satu kajian yang dijalankan NTUC menunjukkan bahawa antara keprihatinan utama yang dihadapi golongan belia adalah mengenai prospek dan peluang kerjaya.



Oleh itu, kerjasama antara SingPost, NTUC Club dengan UTES itu merupakan satu cara baik untuk menyediakan belia akses awal kepada industri logistik di Singapura.



"Ini diharapkan dapat menambah nilai kepada belia kita dan membantu mereka membuat peralihan ke tenaga kerja.



"Saya berharap lebih ramai belia akan mengetahui usaha NTUC untuk mendekati dan berada di samping mereka," kata beliau.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SingPost, Encik Vincent Phang, berkata beliau yakin MOU itu akan membantu menarik bakat muda memasuki bidang logistik.



"Kami mempunyai rancangan menarik di hadapan sedang kami mengubah landskap logistik dan memperkenal teknologi yang membawa perubahan dalam usaha kami untuk membangunkan huraian logistik moden dan menjadi pemain rantau utama.



"Perniagaan kami adalah tentang menjadikan setiap penghantaran bermanfaat untuk orang dan planet, bukan sekadar menghantar mel sehaja, dan itu bermakna kami perlu menarik profil bakat yang sesuai untuk menyertai kami dalam perjalanan kami ke hadapan," kata beliau.



Setiausaha Agung UTES, Encik Thuvinder Singh, berkata kerjasama itu menggabungkan usaha semua pihak dengan rasa tujuan dan adalah sebuah kerjasama yang akan membolehkan SingPost memperluaskan tenaga kerja tempatan semasanya dengan memanfaatkan kumpulan bakat yang luas di nEbO.



"Kami mesti bermula awal, untuk mewujudkan peluang bagi anakanak muda kita melalui pembelajaran bersepadu dan memahami perniagaan industri dan peluang pekerjaan," kata beliau.



Dalam pada itu, SingPost juga memperbaharui Jawatankuasa Latihan Syarikatnya (CTC) bersama UTES untuk tiga tahun lagi.



CTC merangkumi wakil daripada pihak pengurusan syarikat dan juga pemimpin kesatuan yang bekerjasama untuk menyemak rancangan latihan semasa syarikat, mengenal pasti jurang kemahiran, merancang bagi peningkatan kemahiran dan kemaraan kerjaya bagi pekerja mereka, dan membangunkan dan melaksanakan program latihan baru.



Sejak MOU yang pertama ditandatangani pada Mei 2019 oleh SingPost, UTES dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) NTUC untuk membentuk CTC itu, SingPost telah menyediakan 10,000 tempat latihan bagi kakitangannya yang memberi manfaat kepada lebih 1,500 pekerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >