Peluang berinteraksi dengan pasukan di sebalik filem pendek PUB ‘Kinship’

FILEM pendek enam minit berjudul ‘Kinship’ yang diterbitkan agensi air negara PUB sempena Hari Raya Puasa tahun ini akan ditayangkan esok (1 Disember) di Festival Media Singapura.

Mulai 1 petang, orang ramai berpeluang untuk menonton filem tersebut yang akan ditayangkan di pentas berdekatan The Substation di Armenian Street.

 Selain menikmati lagi filem tersebut yang telah menyentuh perasaan ramai sebelum ini, orang ramai juga berpeluang untuk berinteraksi dan memberikan maklum balas kepada pasukan disebalik pembikinan filem tersebut. 

Filem itu mengisahkan tentang ikatan keluarga melalui kisah pasangan adik beradik Din dan Zul, yang tinggal di sebuah rumah tumpangan anak-anak yatim pada tahun 1960-an.

Mereka terpisah apabila Din diambil keluarga baru dan Zul pula tetap tinggal di rumah tumpangan itu.

Setelah dewasa, Din kembali bersama anak lelakinya ke kolam air simpanan di mana beliau pernah bermain dengan Zul.

Din menemui pesanan memohon ampun daripada adiknya itu, yang diukir di dinding pondok kayu di sisi air.

Kinship ditulis dan diterbitkan oleh agensi kreatif Tribal Worldwide Singapore, dan diarahkan oleh Roslee Yusof daripada Freeflow Productions. 

Tiada bayaran masuk dikenakan. v