Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:30
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Setempat0

Peluang berjasa kepada negara dorang penerima biasiswa SAF jadi askar sebagai kerjaya

Beliau antara sembilan penerima biasiswa utama
Jul 20, 2019 | 05:30 AM

MENJADI seorang peguam jenayah merupakan cita-cita beliau sejak di bangku sekolah.

Namun, setelah menjalani Perkhidmatan Negara (NS) bersama Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Leftenan (LTA) Abdul Lateef Mohamed Nasim mula berubah hati.

Pengalaman NS yang dianggap sebagai banyak memanfaatkan dirinya telah membantu LTA Abdul Lateef membuat keputusan menyertai SAF sebagai pegawai sepenuh masa.

Keputusan itu dibuat sebulan sebelum meraikan Tempoh Tamat Perkhidmatan (ORD) beliau.

LTA Abdul Lateef, yang akan melanjutkan pengajiannya di Universiti Oxford dalam bidang undang-undang, merupakan antara sembilan penerima Biasiswa SAF.

Berita Popular

Mereka menerima biasiswa tersebut daripada Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, di Istana, semalam.

"Apabila saya mula menjalani Latihan Asas Ketenteraan (BMT) pada 2016, saya mempunyai rancangan hanya menyelesaikan khidmat saya selama dua tahun sebelum melanjutkan pelajaran untuk menjadi peguam.

"Bagaimanapun, saya mula mengubah rancangan saya setelah melihat komitmen yang ditunjukkan rakan seperjuangan.

"Semasa tahun kedua, saya diberi tanggungjawab mengendalikan seramai 29 askar dan saya rasa senang dengan perhubungan serta persahabatan rapat yang dijalinkan sesama kita... kami rasa seperti satu keluarga dan itu sesuatu yang amat berharga.

"Justeru dari situlah saya mula berfikir bahawa ini merupakan satu kerjaya bermanfaat buat diri saya," kata bekas pelajar Raffles Institution (RI) berusia 21 tahun itu yang sebelum ini berkhidmat dengan Rejimen Infantri Batalion Keenam Singapura (6 SIR).

Dalam pada itu, menurutnya yang kini menjadi pelatih platun di Pusat Latihan Batalion Infantri Bermotor, sebagai komander platun (PC) infantri, beliau dapat bertemu dengan pelbagai individu dari latar belakang berbeza.

Peluang tersebut meskipun mencabar namun memuaskan hati apabila dapat membantu askar di bawah kendaliannya.

"Saya hanya berharap di masa hadapan, askar yang ditugaskan di bawah tanggungjawab saya juga akan mempunyai pengalaman NS yang sama bermakna," ujarnya ketika ditemui sebelum majlis penyampaian Biasiswa SAF itu.

LTA Abdul Lateef merupakan anak sulung dalam keluarga tiga beradik. Bapanya seorang naib pengetua sekolah menengah manakala ibunya suri rumah.

Dalam ucapannya, Dr Ng berkata bilangan pemohon tahun ini merupakan yang terbesar - sebanyak 1,700 - sejak ia diperkenalkan pada 1971.

"Pemohon terus memenuhi kelayakan tinggi yang ditetapkan. Panel pemilihan tidak hanya melihat kepada gred akademik yang baik malah bagi mereka yang mempunyai semangat berkhidmat, mempunyai etos kecemerlangan dan kerja berpasukan, serta rasa tanggungjawab, hormat dan kenegaraan," kata Dr Ng.

Biasiswa SAF yang sebelum ini dikenali sebagai Biasiswa Luar Negara SAF (Safos), merupakan biasiswa berprestij kedua selepas Biasiswa Presiden.

Sejak ditubuhkan, biasiswa itu telah dianugerahkan kepada 340 penerima.

Penerima Biasiswa SAF terdahulu termasuk Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong; Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin; serta Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map