Peluang dapat BH percuma di masjid selepas solat Jumaat
JEMAAH masjid boleh membawa pulang naskhah akhbar Berita Harian (BH) secara percuma selepas solat Jumaat di 69 masjid setempat hari ini.
Pemberian akhbar itu adalah sebahagian kerjasama antara BH dengan gedung perabot, keperluan rumah dan IT, COURTS.
Antara kandungan akhbar edisi Jumaat BH antara lain termasuk ruangan 'Hidayah' yang membincangkan isu-isu sosio-agama kontemporari, selain sajian berita, rencana dan ruangan gaya hidup meliputi pelbagai topik dan tema.
Pemberian akhbar percuma itu merupakan usaha akhbar ini mendekati lebih ramai pembaca.
Sejumlah 100 naskhah disediakan di setiap masjid.
Selain menerusi edisi cetak, kandungan akhbar BH juga boleh dinikmati secara digital di www.beritaharian.sg.
Jumlah naskhah yang diedarkan terhad.