Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09

Peluang golongan dewasa hidapi autisme bekerja di sektor penjagaan kesihatan diperluas

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Peluang golongan dewasa hidapi autisme bekerja di sektor penjagaan kesihatan diperluas

Oct 02, 2022 | 05:34 PM

LEBIH ramai orang dewasa yang menghidapi autisme akan diambil bekerja.

Ia hasil satu perjanjian baru tiga tahun antara IHH Healthcare Singapore (IHH SG) dengan Pusat Sumber Autisme (ARC), sebuah pertubuhan yang memberi sokongan kepada mereka yang mengalami spektrum autisme.

Menurut pengarah eksekutif ARC, Cik Jacelyn Lim, ini bermakna lebih banyak jenis pekerjaan akan dibuka bagi individu dengan masalah autisme.

"Mereka yang mempunyai spektrum autisme mempunyai ciri-ciri tertentu, seperti teliti pada butiran dan ketepatan, yang sesuai bagi sektor penjagaan kesihatan di mana rekod data pesakit amat kritikal," tambah Cik Lim. 

Seramai 15 kakitangan dengan masalah autisme kini bekerja di IHH SG dalam jabatan farmasi, dan radiologi, serta rekod perubatan. selain korporat. 

Peranan mereka termasuk menyusun ubat dan X-ray serta mengatasi percanggahan data.

IHH SG, yang merupakan penyedia penjagaan kesihatan privet terbesar di Singapura, menguruskan empat hospital termasuk Mount Elizabeth di Novena dan Orchard.

Ketua Eksekutif IHH SG, Encik Prem Kumar Nair, pula berkata:

"Dalam penjagaan kesihatan, kami kekurangan kakitangan. Penjagaan  kesihatan sentiasa beroperasi di bawah kadar yang kami perlukan.

"Kami mempunyai dua jenis kakitangan - mereka yang di barisan hadapan dan balik tabir seperti pengurusan bil dan rekod."

Satu memorandum persefahaman antara ARC dengan IHH SG telah ditandatangani hari ini (2 Oktober) dan disaksikan Presiden Halimah Yacob di Enabling Village di Lengkok Bahru.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3