Peluang guru bahasa Melayu lawat pusat cetak akhbar
Feb 21, 2019 | 05:30 AM
BERITA Harian (BH) dan akhbar pelajar Gen-G mengundang guru bahasa Melayu untuk menyertai lawatan eksklusif ke pusat cetak Singapore Press Holdings (SPH) Rabu ini.
Lawatan yang jarang dibuka kepada orang awam itu akan membawa peserta mengikuti proses menghasilkan akhbar terbitan SPH seperti The Straits Times dan Berita Harian (BH).