Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peluang hargai sejarah, tempat ibadah setempat

Dec 20, 2020 | 05:30 AM



TIDAK ramai yang tahu asal usul masjid-masjid di Singapura seperti Masjid Petempatan Melayu Sembawang dan Masjid Hang Jebat di Buona Vista.



Kini, penduduk setempat boleh memanfaatkan Baucar Teroka Semula Singapura (SRV) untuk menjelajah masjid-masjid itu.



Ia merupakan tawaran terbaru disediakan agensi pelancongan Shahidah Travel & Tours yang menyediakan khidmat itu sedang pelancongan luar negara masih terjejas akibat Covid-19.



Syarikat itu juga menawarkan dua pakej lawatan sehari iaitu lawatan berpandu ke Kampong Glam serta mencari makanan di kawasan itu dan lawatan berpandu bagi mengenali sejarah dan makanan di Geylang Serai.



Menurut Pengarah Urusan syarikat, Encik Ayoob Angullia, pakej lawatan sehari itu menerima sambutan yang baik sejak mereka melancarkan pakej itu di bawah syarikat Klook (wadah menempah pelancongan).



"Kami ingin mencari jalan untuk meraih pendapatan ketika pandemik ini. Oleh itu, kami harus menukar aliran dan menyesuaikan syarikat dengan perniagaan sekarang. Kami tidak fokus hanya kepada pakej umrah atau haji buat masa ini," ujar Encik Ayoob.



Antara masjid yang dikunjungi adalah Masjid Petepatan di Sembawang, Masjid Hang Jebat di Buona Vista dan Surau Al-Firdaus di Kampong Buangkok di Hougang.



Pakej yang berharga $100 itu telah menarik minat ramai penduduk yang ingin mengetahui lebih tentang sejarah dan masjid unik di Singapura.



Pakej lawatan berpandu ke masjid di Singapura ini adalah satu-satunya yang ditawarkan di wadah Klook.



"Alhamdulliah, kami telah mendapat sambutan yang baik sejak ia dilancarkan. Masyarakat awam kini ingin mengimbas sejarah dan ingin mengetahui tempat-tempat seperti ini ketika permulaan tahun 40-an dan 50-an. Mereka juga minat dengan sejarah orang Islam dahulu.



"Selain itu, kami juga menarik perhatian beberapa pelajar universiti yang ingin pelajari lebih mendalam dan menyelami budaya orang Islam menerusi kunjungan ke tempat-tempat ini," kongsi Encik Ayoob.



Menurutnya, pemandu lawatan ghairah untuk mengongsi ilmu bersama peserta berbilang bangsa dan agama di Singapura.



Dalam pada itu, pakej lawatan sehari tersebut juga menyertakan kegiatan seperti penulisan seni khat dan belajar dan cuba membuat kuih abok-abok.



Pakej tersebut hanya boleh menampung 10 orang untuk setiap lawatan.



Ia juga akan berlangsung pada setiap hari Rabu dan Sabtu.



"Kini, kami hanya mempunyai tiga pakej dan berharap untuk menawarkan lebih pakej pada masa depan," kata Encik Ayoob yang melahirkan keyakinan bahawa penyesuaian syarikat tersebut dapat membantu syarikatnya menjadi lebih kukuh untuk menempuh cabaran ekonomi yang menimpa syarikatnya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >