Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DIALOG M3

Peluang kerja bagi warga, usaha bina masyarakat yang adil antara tumpuan dialog

Sep 17, 2020 | 05:30 AM



SEMENTARA terdapat pelbagai usaha untuk memberi bantuan segera kepada pekerja yang terjejas akibat kesan pandemik Covid-19, pemerintah terus komited membantu mereka yang hilang pekerjaan dalam masa yang mencabar sekarang.



Berkata demikian semasa sesi pertama dalam satu siri dialog maya M3 bersama pemimpin Melayu/Islam kelmarin, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, turut menekankan perlunya membuat persiapan supaya ekonomi Singapura dapat bangkit semula dengan cepat selepas Covid-19 berjaya diatasi kelak.



Encik Masagos turut disertai Setiausaha Parlimen Kesihatan, Cik Rahayu Mahzam, dan Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha, dalam sesi dialog yang dihadiri lebih 170 relawan M3@Bandar, relawan akar umbi, pemimpin masyarakat dan agama serta belia dan wakil badan Melayu/Islam itu, yang berlangsung menerusi wadah Zoom. Pengerusi Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu (Mesra) Persatuan Rakyat (PA), Cik Amatul Jameel Suhani Sujari, berperanan sebagai moderator dialog.



Membincangkan antara tema utama yang diketengahkan Presiden Halimah Yacob dalam amanatnya semasa pembukaan Parlimen ke-14 baru-baru ini, peserta berkongsi pandangan dan keprihatinan mereka tentang pelbagai isu termasuk peluang pekerjaan bagi warga Singapura dan usaha membina sebuah masyarakat yang adil.



Menarik perhatian Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited yang diumumkan pada Mei lalu untuk menyediakan 100,000 pekerjaan dan peluang latihan bagi pekerja dan lulusan yang baru tamat pengajian, Encik Masagos berkata adalah penting juga usaha menghubungkan pekerja dengan peluang tersebut.



"Ini selalu menjadi masalah - peluang ada tapi pekerja tak tahu, tak mahu atau perlu jalani latihan.



"Oleh itu, kita harus menghubungkan kedua-duanya supaya pekerja yang terjejas boleh merebut peluang yang disediakan.



"Ini kerana ada bidang yang tidak akan bangkit dalam (tempoh terdekat) seperti pelancongan dan penerbangan manakala ada juga bidang yang tidak akan bangkit terus... selepas Covid- 19," ujarnya.



Oleh itu, Encik Masagos berkata adalah penting usaha mewujudkan peluang baru serta menjalani latihan dan membuat persiapan untuk merebutnya.



Menyentuh perlunya merubah minda untuk mengatasi masa yang mencabar ini, Cik Rahayu mengalu-alukan usaha menggunakan rangkaian yang sedia ada dalam masyarakat untuk membantu anggota masyarakat yang memerlukan.



Tambahnya, Pasukan Bertindak SGTeguhBersatu yang ditubuhkan April lalu menggembleng tenaga M3 dan beberapa badan Melayu/Islam untuk sama-sama memikirkan bagaimana untuk membantu golongan tertentu yang terjejas akibat Covid-19.



Selain tiga bidang tumpuan M3 iaitu memperkukuh keluarga, menyokong keluarga rentan dan memperkasa belia, Cik Rahayu berkata kini terdapat satu rangka kerja baru untuk menguatkan tenaga pekerja pula.



"Kita ingin memastikan tenaga kerja kita dapat lebih berdaya tahan bagi masa akan datang," ujarnya.



Selain pekerja yang harus merubah minda serta berusaha menjalani latihan dan meningkatkan kemahiran, Encik Sharael berkata adalah penting juga bagi majikan mewujudkan peluang pekerjaan bagi pekerja.



"Usaha ini memerlukan kerjasama semua pihak.



"Pekerja, (perusahaan) dan pemerintah perlu bekerjasama untuk mewujudkan masyarakat yang berdaya tahan," katanya.



Selain isu pekerjaan dan kemahiran, antara isu lain yang diutarakan semasa sesi dialog itu termasuk sokongan untuk memperkukuh keluarga, kesihatan mental dan pendidikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >