Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peluang kerja lebih luas, latihan tersedia bagi individu kurang upaya

Aug 13, 2022 | 03:48 PM



LEBIH banyak peluang pekerjaan dan latihan disediakan bagi individu kurang upaya (PWD), termasuk lulusan sekolah pendidikan khas (Sped), sejak kebelakangan ini, sedang konsep pekerjaan juga diperluas.


Konsep pekerjaan diperluas itu mengiktiraf pelbagai laluan kerjaya bagi golongan ini, sama ada kerja di rumah, dalam masyarakat, atau dalam suasana pekerjaan yang terlindung, kata beberapa pihak berkepentingan.


Ketua Pegawai Eksekutif SG Enable, Cik Ku Geok Boon, berkata trend pekerjaan telah berubah dalam beberapa tahun kebelakangan ini, didorong digitalisasi dan aturan kerja di rumah, sekali gus memberi laluan kepada konsep dan definisi kerja lebih luas yang diterima masyarakat.


“Ini bermakna lebih banyak peluang bagi pekerjaan, yang boleh membantu mencungkil pelbagai bakat serta potensi orang kurang upaya,” kata Cik Ku.


Pekerjaan bagi PWD berusia 15 tahun hingga 64 tahun telah meningkat dalam tempoh dua tahun lalu semasa pandemik Covid-19, daripada 28.2 peratus kepada 30.1 peratus, kata Setiausaha Parlimen (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Eric Chua, di Parlimen pada Mac lalu.


Baca laporan penuh di Berita Minggu esok (14 Ogos).

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >