Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SKOR BARU MASUK SEKOLAH MENENGAH

Peluang lebih luas layak masuk sekolah menengah pilihan

Apr 28, 2021 | 05:30 AM



MURID Darjah 6 tidak perlu mencatat skor sempurna untuk mendapat tempat di sekolah menengah terbaik apabila sistem penskoran PSLE baru berkuat kuasa tahun ini.



Ini berdasarkan skor kemasukan bagi 139 sekolah menengah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (MOE) semalam.



Skor tersebut, yang berdasarkan sistem penskoran Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) yang baru, akan digunakan buat julung-julung kali oleh kohort murid Darjah 6 tahun ini untuk mendapat tempat di sekolah menengah pada tahun depan.



Mengikut sistem penskoran baru yang pertama kali diumumkan pada 2016 itu, setiap subjek PSLE peringkat standard akan diberikan skor mengikur lapan jalur yang dikenali sebagai Peringkat Pencapaian (AL).



Setiap murid menerima skor AL antara 1 dengan 8 bagi setiap subjek, dan bukan lagi gred seperti A* hingga E.



Skor PSLE keseluruhan seorang murid adalah jumlah AL bagi semua empat subjek. Skor 4 adalah yang terbaik boleh dicapai.



Skor kemasukan sekolah menengah yang dikeluarkan MOE semalam menunjukkan bahawa sekolah yang dianggap antara terbaik seperti Institusi Raffles dan Sekolah Perempuan Raffles mempunyai skor kemasukan antara 4 hingga 6, sementara skor kemasukan bagi sekolah-sekolah popular lain seperti Sekolah Menengah Anderson adalah antara 4 dengan 10 dan 6 dengan 11 bagi Sekolah Perempuan Crescent.



Sistem AL yang merangkumi jalur kemasukan lebih lebar ini bertujuan mengurangkan stres berbanding sistem T-score yang lama, kerana murid-murid tidak lagi perlu memburu markah terbaik untuk mengatasi murid seangkatan.



Ia tidak terlalu membezakan murid-murid berdasarkan skor, kerana jumlah skor PSLE yang boleh diraih kini dihadkan kepda 29 sahaja, berbanding lebih 200 skor agregat menerusi sistem lama.



Ini bermakna murid-murid harus mempunyai pilihan sekolah menengah lebih luas, kata MOE.



Menurut MOE, skor yang dikeluarkan itu diperolehi berdasarkan keputusan PSLE kohort 2020 dan corak pilihan sekolah.



Ia juga menjalankan simulasi bagi skor keseluruhan PSLE setiap murid dan bagi sekolah menengah yang diperolehi mereka.



Jika dua murid dengan skor sama bersaing bagi satu tempat di sebuah sekolah, tempat akan diberikan berdasarkan kewarganegaraan dan senarai pilihan sekolah murid-murid tersebut.



Warga Singapura akan diberi keutamaan ke atas penduduk tetap dan murid antarabangsa. Murid yang menyenaraikan sekolah tersebut lebih tinggi juga akan diberikan keutamaan.



Kaedah balot menggunakan komputer akan digunakan jika kededua murid masih tidak dapat dipisahkan.




Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >