Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN RAPAT HARI KEBANGSAAN

Peluang masih terbuka dalam ekonomi global yang tidak menentu

Aug 24, 2022 | 05:30 AM



WALAUPUN Singapura akan terjejas secara negatif kerana keadaan ekonomi global yang secara asasnya telah berubah, terdapat juga peluang-peluang bagi Singapura untuk mengukuhkan ekonominya.



Begitulah pandangan Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, yang bercakap dengan media setelah Rapat Hari Kebangsaan Ahad lalu di Kolej Central, Institut Pendidikan Teknikal (ITE).



Semasa mengulas tentang ucapan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, di Rapat Hari Kebangsaan mengenai realiti asas keadaan ekonomi antarabangsa, Encik Saktiandi turut menyatakan bahawa keadaan ekonomi yang dialami dunia ini secara dasarnya telah berubah dan ia bukan sahaja kerana kesan pandemik Covid-19 atau perang di Ukraine.



"Situasi ekonomi global tidak akan pulang semula kepada tahap yang dialami dekad-dekad kebelakangan ini di mana globalisasi rancak telah berlaku, perdagangan antarabangsa tumbuh pesat, ekonomi China berkembang pesat dan mengeskport lebih banyak barang pada harga sangat berdaya saing ke dunia.



"Era itu sudah berakhir dan kini situasi di antara Amerika Syarikat (AS) dan China serta situasi geopolitik seperti Taiwan akan meningkatkan lagi kos barangan dan makanan kerana beberapa negara telah menaikkan tarif terhadap satu sama lain, terutamanya antara Amerika Syarikat dengan China," ujar beliau.



Encik Saktiandi juga menambah bahawa kenaikan tarif itu tidak terhad kepada makanan dan sumber bekalan tetapi juga kepada cip-cip elektronik dan semikonduktor yang digunakan di dalam peranti elektronik dan ini akan meningkatkan lagi harga barangan.



Namun demikian, Encik Saktiandi menyatakan bahawa perubahan keadaan ekonomi antarabangsa sedemikian turut membawa peluang bagi negara-negara seperti Singapura dan kita harus merebut peluang sedemikian untuk mengukuhkan ekonomi Singapura.



"Firma-firma yang dahulunya mempunyai kilang-kilang mereka dan pengeluaran mereka di negara China mungkin akan keluar diakibatkan oleh situasi di antara AS dan China dan mereka mungkin akan menubuhkan kilang-kilang mereka di negara rantau seperti Vietnam, Thailand dan kemungkinan juga Malaysia dan Singapura.



"Ini akan meningkatkan peluang pekerjaan serta peluang untuk Singapura memainkan peranan yang lebih besar dalam rantaian nilai dan bekalan dari segi perbuatan barang-barangan," ujar Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Kajian Forex Pasaran Global Maybank Group itu.



Encik Saktiandi turut mengulas tentang persaingan sedunia untuk memikat bakat yang telah diumumkan oleh Encik Lee dalam ucapannya di Rapat Hari Kebangsaan Ahad lalu.



Encik Saktiandi menekankan bahawa Singapura harus mengekalkan kehadiran bakat taraf dunia untuk bekerja di Singapura kerana Singapura tidak mampu untuk ketinggalan dalam persaingan sedunia untuk memikat bakat terbaik dari serata dunia.



"Kehadiran bakat taraf dunia yang terbaik adalah penting kerana ini akan meningkatkan lagi kemahiran anak-anak muda Singapura untuk menjadi pelopor kepada industri-industri dan sektor-sektor yang relevan pada masa hadapan.



"Kita harus pergiat usaha memikat bakat-bakat asing yang berkelayakan dan kemahiran tinggi supaya mereka boleh memindahkan kemahiran mereka kepada anak-anak muda kita yang akan membina kemahiran negara kita," ujar beliau.



Sementara itu, Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio, Cik Nadia Samdin, juga memberikan ulasannya kepada media setelah pengumuman Rapat Hari Kebangsaan Ahad lalu.



Bagi Cik Nadia, perkara pertama yang amat menyerlah baginya ialah pembinaan daya tahan Singapura.



Beliau mengulas tentang keyakinan yang diberi oleh Encik Lee mengenai bagaimana pihak pemerintah telah bersedia melakukan lebih banyak lagi untuk membantu rakyat Singapura, terutamanya keluarga berpendapatan pertengahan dan rendah, untuk menangani kos sara hidup yang kian meningkat.



Cik Nadia menyatakan bahawa kos sara hidup yang kian meningkat adalah satu kebimbangan utama yang seringkali diketengahkan oleh penduduk-penduduknya di GRC Ang Mo Kio.



"Saya amat mengalu-alukan jaminan yang diberi oleh Encik Lee untuk menghulurkan lebih bantuan terutama sekali pada mereka yang memerlukannya kerana peningkatan kos sara hidup akibat gangguan di luar negara dan konflik global telah memberikan kesan yang ketara bagi warga Singapura terutama sekali bagi mereka yang berpendapatan rendah," ujar beliau.



Beliau juga menyatakan bahawa beliau berharap warga Singapura akan kekal bersatu padu sebagai satu rakyat kerana Singapura telah bekerja keras untuk mengukuhkan perpaduan dan mengimbangi pandangan yang luas serta pelbagai ekoran masyarakat yang berbilang bangsa dan budaya untuk mewujudkan keamanan dan keharmonian di negara kami.



"Kepercayaan satu sama lain di negara ini telah dibina secara bersungguh-sungguh dan saya berharap warga akan kekal bersatu padu sebagai satu rakyat dan sentiasa saling hormat menghormati antara satu sama lain," serunya.




“Firma-firma yang dahulunya mempunyai kilang-kilang mereka dan pengeluaran mereka di negara China mungkin akan keluar diakibatkan oleh situasi di antara AS dan China dan mereka mungkin akan menubuhkan kilang-kilang mereka di negara rantau seperti Vietnam, Thailand dan kemungkinan juga Malaysia dan Singapura. Ini akan meningkatkan peluang pekerjaan serta peluang untuk Singapura memainkan peranan yang lebih besar dalam rantaian nilai dan bekalan dari segi perbuatan barang-barangan.”
- AP GRC Bishan-Toa Payoh yang juga Ketua Kajian Forex Pasaran Global Maybank Group, Encik Saktiandi Supaat.




“Saya amat mengalu-alukan jaminan yang diberi oleh Encik Lee untuk menghulurkan lebih bantuan terutama sekali pada mereka yang memerlukannya kerana peningkatan kos sara hidup akibat gangguan di luar negara dan konflik global telah memberikan kesan yang ketara bagi warga Singapura terutama sekali bagi mereka yang berpendapatan rendah... Kepercayaan satu sama lain di negara ini telah dibina secara bersungguh-sungguh dan saya berharap warga akan kekal bersatu padu sebagai satu rakyat dan sentiasa saling hormat menghormati antara satu sama lain.”
- AP GRC Ang Mo Kio, Cik Nadiah Samdin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >