Peluang membeli barangan elektronik secara dalam talian, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Peluang membeli barangan elektronik secara dalam talian

AsiaOne dan Qoo10 jalin kerjasama
Apr 07, 2016 | 05:30 PM

LAMAN berita dan gaya hidup, AsiaOne dan kedai runcit dalam talian, Qoo10, telah melancarkan satu kedai elektronik yang membolehkan pembaca menikmati diskaun istimewa apabila membeli produk teknologi secara dalam talian.

Mulai 11 April hingga 13 Mei ini, barangan seperti tablet, komputer riba, kamera dan telefon bijak, boleh dibeli di laman www.qoo10.sg/pca2016.

Produk-produk ini telah disenaraipendek sebagai pilihan pengguna bagi Anugerah Pilihan Pengguna AsiaOne (PCA) 2016 menerusi enam kategori teknologi.

Kini dalam tahun ke-8, PCA merupakan daya usaha tahunan AsiaOne yang memberi pembaca peluang untuk mengundi produk dan jenama kegemaran mereka menurut pelbagai kategori.

Tahun ini, anugerah ini menampilkan 30 kategori termasuk Kereta Terbaik, Restoran Buffet Terbaik, Kad Kredit Terbaik, Tarikan Tempatan Terbaik dan pelbagai lagi.

Discover Malay Home Based Businesses

Pemenang PCA 2016 akan diumumkan menerusi satu majlis di Auditorium News Centre, SPH, pada 21 April ini.

Meskipun AsiaOne dan Qoo10 menjalin kerjasama yang lama, ini merupakan kali pertama kedua-dua laman membangunkan satu kedai dalam talian khas bagi memberi ganjaran kepada pembaca dan pelanggan.

Daya usaha ini adalah sejajar dengan tumpuan AsiaOne dalam menangani trend perubahan citarasa pelanggan di kalangan pembacanya.

Pemangku Editor AsiaOne, Cik Karen Lim, berkata: Tahun ini, kami ingin mengalihkan perhatian kami kepada amalan pembaca dan bagaimana mereka menggunakan teknologi untuk membuat keputusan berbelanja.

"Selain kedai dalam talian ini, saya harap pembaca boleh memanfaatkan tawaran menarik Qoo10 yang dipaparkan di laman AsiaOne," ujarnya.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map