PENGGEMAR bola sepak berpeluang memenangi wang tunai sebanyak $10,000 apabila mereka menyertai pertandingan penalti shootout yang akan diadakan di stadium Central Plaza Our Tampines Hub (OTH).
Pertandingan yang julung kali dianjurkan oleh Shootout International Pte Ltd dengan sokongan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), adalah yang pertama seumpamanya di Singapura dan dibuka kepada orang ramai daripada pelbagai peringkat usia.