Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peluang pekerja migran nikmati Gardens by the Bay

Dec 14, 2021 | 05:30 AM



SEMPENA Hari Pekerja Migran Antarabangsa, sebuah program - Blossoms of Friendship (Mekar Persahabatan) - telah dilancarkan bagi pekerja migran mengadakan lawatan percuma ke Gardens by the Bay setiap bulan.



Lebih 200 pekerja migran yang tinggal di Westlite Tuas Avenue 2 menikmati taman itu semalam.



Dianjurkan bersama The Salvation Army, Touch International dan Westlite Accommodation, lawatan itu disokong Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Corporate Alliance for Good.



Menyertai lawatan semalam ialah Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann.



"Pekerja migran memainkan peranan penting di Singapura. Mereka telah menyumbang secara ketara kepada kemajuan negara kita... Bukan senang meninggalkan keluarga dan merantau ke negara asing untuk mencari rezeki.



"Pandemik ini menjadikan keadaan lebih sukar... dan kami menghargai sumbangan berterusan anda kepada Singapura," kata Cik Sim.



Beliau menemani sekumpulan pekerja migran China melawat Gardens By the Bay dan melihat paparan bunga Poinsettia Wishes di Flower Dome.



Mereka menikmati persekitaran Krismas, termasuk roda Ferris yang menyerupai kek cawan setinggi lepan meter.



Selain itu, Cik Sim menggalak lebih ramai warga Singapura mendermakan Baucar Teroka Semula Singapura (SRV) jika belum menggunakannya.



"SRV yang diderma akan membolehkan pekerja migran menikmati lawatan unik yang khusus oleh STB ke tarikan ikonik lain, seperti SEA Aquarium dan Singapore River Cruise.



"Saya akan mendermakan SRV keluarga saya dan saya harap tindakan kecil ini dapat menggembirakan pekerja migran di sini. Saya harap lebih ramai orang akan turut melakukan yang sama," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >