Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peluang pekerjaan adil harus diberi kepada rakyat S'pura: Patrick Tay

Aug 31, 2022 | 05:30 AM



KONGRES Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) menyokong peningkatan yang akan dibuat pada rangka kerja pas pekerjaan Singapura demi menarik bakat terbaik untuk melengkapi tenaga kerja tempatan.



Namun, ia menekankan bahawa perlindungan harus dilaksanakan supaya rakyat negara ini mempunyai peluang pekerjaan yang adil, kata Penolong Setiausaha Agung NTUC, Encik Patrick Tay.



Ini selain memastikan terdapat peluang yang adil dan saksama untuk berjaya bagi karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) tempatan, dan memastikan teras rakyat Singapura kekal utuh dan kuat.



Dalam satu catatan Facebook kelmarin, Encik Tay berkata sebagai sebuah negara kecil, Singapura mempunyai sumber yang terhad dan modal terbesar negara ini adalah modal insan.



Singapura telah selama bertahun-tahun ini membina dan memperhalusi kepakaran dalam sektor pasaran tertentu, namun, sektor lain masih berkembang yang mungkin disebabkan kekurangan bakat.



Dengan mengalu-alukan bakat terbaik dengan kepakaran dalam sektor seperti teknologi mendalam dan peranan sains/penyelidikan khusus, Encik Tay berkata Singapura boleh memanfaatkan pembelajaran dan perkongsian pengetahuan untuk membentuk dan memupuk bakat tempatan dalam bidang tersebut.



"Ini pada dasarnya akan meletakkan Singapura dalam kedudukan lebih baik sebagai hab perniagaan sejagat dengan prasarana dan tenaga kerja bertaraf dunia.



"Dalam nada yang sama, saya percaya pemerintah akan memberikan panduan jelas mengenai takrif bakat terbaik, mungkin mendedahkan senarai syarikat bereputasi yang menggajikan bakat dan peranan teratas yang boleh dikongsi secara luaran bagi kebertanggungjawapan tambahan," kata beliau.



Kelmarin, pemerintah mengumumkan akan membuat peningkatan pada rangka kerja pas pekerjaan negara ini demi menarik bakat terbaik dan karyawan teknologi berpengalaman dalam bidang yang kekurangan kemahiran.



Antaranya adalah dengan memperkenalkan Pas Rangkaian dan Kepakaran Luar Negara baru untuk menarik bakat asing terbaik dalam semua sektor, dan menawarkan pilihan Pas Pekerjaan (EP) lima tahun bagi karyawan teknologi berpengalaman seiring dengan usaha berterusan untuk membangunkan bakat teknologi tempatan.



Encik Tay berkata langkah-langkah juga harus dilaksanakan untuk memastikan pemindahan dan perkongsian pengetahuan oleh karyawan asing terbaik kepada rakyat Singapura disepadukan untuk mempermudahkan pembangunan bakat rakyat.



Di samping itu, pertimbangan teliti mesti diberi untuk memastikan bakat asing terbaik melengkapi dan merapatkan jurang kemahiran bagi rakyat Singapura.



"Saya akan terus memantau ruang ini secara dekat untuk memastikan terdapat perlindungan mencukupi dan penyalahgunaan (jika ada) dihapuskan agar kita hidup mengikut keyakinan membina teras rakyat Singapura yang kukuh," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >