Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

EKONOMI DAN KERJA: MENAGANI KRISIS & KEMELESETAN

Peluang pekerjaan terus diusahakan

Peluang kerja, latihan disediakan bagi golongan hilang mata pencarian, individu pertengahan kerjaya dan lepasan sekolah
Jul 24, 2020 | 05:00 AM



DALAM krisis dan kemelesetan ekonomi ini, peluang pekerjaan dan latihan terus disediakan kepada pencari kerja, termasuk yang hilang mata pencarian, individu pertengahan kerjaya mahupun lepasan sekolah.



Di tengah-tengah kesuraman dan ketidakpastian ini, beberapa pencari kerja yang dihubungi Berita Harian (BH) berkata mereka merebut sahaja peluang yang ada untuk memperolehi kemahiran yang diperlukan untuk mencari pekerjaan, atau mencari alternatif untuk terus bertahan.



Ini termasuk mengambil pekerjaan sementara, memulakan perniagaan yang baru mahupun memilih untuk menjalani program pelatih.



Lulusan Universiti Nasional Singapura (NUS), Cik Izzah Hafizah Omar, 22 tahun, mengongsi cabaran yang dialaminya sebagai seorang anak muda yang baru ingin menjejak ke alam pekerjaan di tengah-tengah krisis ini.



Sejak awal tahun ini sebelum tamat pengajiannya, beliau telah menghantar lebih 70 permohonan pekerjaan tetapi dipanggil ke dua temu duga sahaja.



"Lama-kelamaan, saya sedar bahawa semasa kemelesetan ekonomi ini, ia akan menjadi lebih mencabar untuk mendapatkan pekerjaan.



"Jadi apabila saya mendapat tahu bahawa universiti saya mempunyai program pelatih sebagai pembantu eksekutif, saya tak berlengah rebut peluang itu," kata lulusan dalam bidang Pengajian Melayu itu yang akan bermula program pelatihnya bulan depan.



Singapura kini memasuki tempoh kemelesetan teknikal - yang didefinisikan sebagai penguncupan buat dua suku tahun berturut-turut.



Ekonomi negara ini menguncup 12.6 peratus pada suku kedua tahun ini berbanding setahun lalu, menurut perangkaan awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) yang dikeluarkan minggu lalu.



Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam pula semalam menggesa syarikat supaya bekerjasama menyediakan peluang kerja sambil belajar atau program latihan bagi mendekati pekerja yang telah diberhentikan di tengah-tengah penularan Covid-19.



Katanya lagi, pemerintah akan memberi sokongan yang kukuh dalam usaha ini.



"Kami akan bersikap murah hati dalam berbuat demikian, dan pemerintah akan membayar sebahagian besar gaji atau elaun mereka yang jalani program pelatih atau kerja sambil belajar ini," ujar Encik Tharman.



Beliau mempengerusikan Majlis Pekerjaan Nasional, yang menyelia Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited - diumumkan pada Mei lalu untuk menyokong hampir 100,000 pencari kerja tahun ini dengan mewujudkan pekerjaan baru, program pelatih serta latihan kemahiran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >