Peluang pelajar poly mohon anugerah media digital
PM Lee derma $250,000 kepada dana endowmen
May 04, 2016 | 05:30 AM
MULAI tahun depan, pelajar politeknik boleh memohon satu anugerah baru yang memberi pengiktirafan kepada mereka yang melaksanakan projek media digital interaktif bagi memperbaiki kehidupan rakyat dan masyarakat.
Anugerah Media Digital Interaktif (IDM) Negara Bijak Lee Hsien Loong itu diumumkan Pemangku Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran), Encik Ong Ye Kung, di majlis penyampaian sijil Politeknik Republic semalam.